TIADA PERTANDINGAN MUKTAMAR PAS: BUSUK BERBAU JATUH BERDEBUK

Oleh : ANAK CILI
Oktober 17, 2023 - 11:20 MYT
TIADA PERTANDINGAN MUKTAMAR PAS: BUSUK BERBAU JATUH BERDEBUK
Ternyata UMNO lebih demokratik berbanding PAS dimana Hadi Awang memegag jawatan Presiden PAS selama 20  tahun bermula 2003 sehingga kini

Tanggapan pertama apabila ada komentar tentang kepimpinan PAS, maka akan kedengaran suara suara yang akan berkata “jaga parti sendiri cukuplah, jaga UMNO dan tidak perlu jaga tepi kain orang”. Tetapi ianya tidak senada sekiaranya tiada pertandingan bagi jawatan dalam kepimpinan UMNO.

Dunia politik tidak pernah membatasi kritikan kerana hanya ikan yang mati mengikut arus, sebaliknya ikan yang hidup bebas menentukan samada mudik ke hilir atau kehulu.

Pada Muktamar PAS ke 69 bukan sahaja jawatan Ketua Pemuda tetapi jawatan Timbalan Ketua Pemuda dan Naib juga tidak di pertandingkan. Bukan itu sahaja 5 jawatan utama sebelum ini juga telah diputuskan tidak dipertandingkan iaitu Presiden, Timbalan dan 3 Naib Presiden yang diberikan secara percuma atas alasan tiada pencalonan.

Malahan singa PAS yang juga Pengarah Pilhanraya PAS Sanusi juga telah dikembirikan politiknya hanya kerana beliau bukanlah dikalangan “Geng Ustaz” atau berstatus ulama di kalangan penyokong PAS yang akan terus mendominasi kepimpinan PAS untuk tahun tahun mendatang.

Melainkan MB Terengganu Ahmad Shamsuri yang masih terselamat memandangkan keperluan parti PAS kepada dana politik selain kesinambungan Dinasti Hadi.

Pemuda PAS juga nampaknya mengalami syndrome sajat yang suara kelakiannya hanya keluar bila bertakbir dalam siri ceramah tetapi bertukar menjadi bisikan dalam kelambu.

Ternyata UMNO lebih demokratik berbanding PAS dimana Hadi Awang memegag jawatan Presiden PAS selama 20  tahun bermula 2003 sehingga kini sedangkan dalam tempoh yang sama UMNO sudah memilih 3 Presiden Parti iaitu Abdullah Badawi, Najib Razak dan Zahid Hamidi. Malahan 3 jawatan Naib Presiden terbuka untuk dipertandingkan bagi mnyuburkan demokrasi termasuklah jawatan Pemuda UMNO menyaksikan pertandingan 4 penjuru.

Demokrasi dalam PAS hanyalah berdasarkan apa sahaja yang dipercayai sebagai “wajib” dengn alasan walla kepada golongan ulama pada kepercayaan mereka. Ketaksuban membuta tuli ini membuktikan PAS tidak akan dapat mengemudi demokrasi di Malaysia memandangkan gagal menyuburkan demokrasi dalam parti sendiri sebagaimana yang dilaungkan kononnya sebagai sebuah parti yang menjunjung demokrasi.

Eloklah kepimpinan PAS mengunci mulut apabila  bercakap soal dmokrasi memandangkan yang busuk itu berbau dan jatuh berdebuk. - ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow