PAS bangga bawa katak ke Parlimen
Belum pernah terjadi dalam mana mana peristiwa penting dalam sejarah politik Malaysia , katak di bawa ke lobi Parlimen untuk disajikan kepada umum dalam satu Sidang Media. Kita di Malaysia sebenarnya tidak perlu gusar akan rasa gundah dan kemurungan yang melanda jiwa bukan hanya dengan menonton Maharajalawak tetapi ahli politik seperti PAS juga mampu menyajikan lelucon yang buat kita pecah perut.
Cuba fikirkan secara logik akal dengan menggunakan akal di kepala bukan di kepala lutut apabila 6 orang Ahli Parlimen yang tidak mengistiharkan keluar parti dikira haram hanya kerana mengubah sokongan adalah tidak sama dengan seorang ADUN yang istihar keluar parti dikira pula sebagai halal.
Plot twistnya pula membuatkan bulu ketiak pun berdiri apabila ADUN Rembia dari UMNO masuk parti PAS pada Jun 2023 manakala setahun kemudian pada Julai 2024 baharu mengistiharkannya selepas keputusan Speaker Dewan Rakyat tentang kedudukan 6 Ahli Parlimen BERSATU yang tidak perlu mengistiharkan kekosongan kerusi mereka.
Setahun ..! bukan beberapa minggu atau bulan. Apakah jenis silapmata yang cuba dilakukan dengan memandulkan kebolehan berfikir rakyat? Apakah ada kemungkinan tarikh itu memang di rancang “backdated” bagi kepentingan politik?
Akhirnya , dengan rasa bangganya PAS mengusung katak ke Parlimen dengan berkata “dia bukan katak , dia tidak pandai melompat dan dia bukan datang dari berudu “ dengan yakin cuba membahlolkan rakyat Malaysia dengan dalil baru dari kitab tersohor Penunggang Agama.
Walaupun jelas kedengaran bunyi “Ong..! Ong..! Ong..! gedekgedekgedek..!.pentaksub dikenali sebagai komuniti walaun mengangukkan kepala tanda percaya membabi buta.
Alahai
Pedas Berapi Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











