PAS dan sandiwara riben putih
Drama bukan sahaja dilakonkan oleh mereka bergelar artis tetapi juga ahli politik yang licik mengekploitasi keadaan demi meraih sokongan dari mereka yang menonton. Keterbukaan kerajaan yang menyiarkan secara langsung Dewan Rakyat yang sedang bersidang adalah medium terbaik di kalangan pembangkang melancarkan propaganda dengan pelbagai teknik agar dapat mempengaruhi minda rakyat.
Riben putih yang di pakai di lengan setiap Ahli dewan Rakyat Perikatan Nasional di Parlimen sekarang merupakan salah satu propaganda politik berupa mesej protes mereka tehadap tindakan Speaker Dewan Rakyat. Keputusan Speaker Dewan Rakyat yang mengistiharkan tidak mengosongkan 6 kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong PMX menimbulkan amarah yang bukan kepalang di kalangan pembangkang.
Tiba tiba Takiyudin Hasan Setiausaha Agung PAS mengumumkan di lobbi Parlimen dengan disertai Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ADUN Rumbia Muhamad Jailani Khamis dari Melaka telah menyertai PAS dan keahliannya berkuatkuasa 10 Jun tahun lepas.
Takiyudin Hasan juga mengumumkan pada sidang media itu bahawa kerusi DUN Rembia tidak perlu di kosongkan serta tidak tertakluk kepada RUU Anti Lompat Parti kerana ADUN Rumbia menyertai PAS pada 10 Jun 2023 sebelum RUU Anti Lompat Parti di luluskan di Dewan Undangan Negeri Melaka.
Lihatlah betapa licik dengan daya dan tipu helah PAS yang hanya mengumumkan keputusan kemasukan ADUN Rembia sebagai ahli PAS selepas mengetahui 6 Ahli Parlimen BERSATU tiak perlu mengosongkan kerusi mereka setelah menukar sokongan kepada PMX.
Apakah makna riben putih di lengan semua ahli Parlimen pembangkang yang di lilit di lengan mereka? Semalam terpekik dan terlolong mengecam 6 Ahli Parlimen Bersatu dengan gelaran enam jahanam tetapi hari ini meraikan ADUN Rumbia yang menjadi katak melompat menyertai PAS.
Lebih memualkan sikap PAS yang bermuka muka yang menyokong usaha Parlimen mengekang budaya lompat parti tetapi apabila ada ahli politik dari parti lain yang ingin masuk PAS mereka mengalu alukannya , menjadikan Parlimen sebagai lokasi mengumumkan kemasukan katak ke dalam PAS. Jelas sekali tindakan ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Parlimen yang menggubal RUU Anti Lompat Parti.
Apa guna memakai riben putih di lengan dalam masa yang sama bersandiwara dan tidak mempunyai arah bagaikan apung di tengah lautan, dipukul ombak sekejap ke tengah sekejap ke tepi.
Cap ayam sungguh
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











