Wan Fayshal bakal digantung 6 bulan jika usul diterima
Parlimen merupakan institusi yang diletakkan di kedudukan yang tinggi dalam sistem demokrasi berparlimen negara sejajar dengan konsep separation of power yang di amalkan di Malaysia. Di bawah kuasa raja berpelembagaan Yang di Pertuan Agong, Legislatif selaku penggubal undang undang terdiri dari 222 Ahli Dewan Rakyat, Eksekutif mewakili pentadiran serta Kehakiman merupakan 3 elemen yang di hormati keberadaan mereka sejak sekian lama.
Ahli Dewan Rakyat di gelar Yang Berhormat perlulah mencerminkan keperibadian dan ketokohan yang selayaknya. Mereka menjadi wakil kepada rakyat bukan setakat menggubal undang undang tetapi juga menjadi contoh tauladan dengan menghindari apa sahaja perbuatan yang akan merendahkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen dengan gelaran Yang Berhormat.
Pada setiap kali persidangan Parlimen dalam masa berbahas , peraturan mesyuarat Dewan Rakyat perlu dipatuhi sebagaimana Ahli Dewan Rakyat yang menggubal undang undang mahukan rakyat mematuhi apa yang telah diputuskan melalui apa sahaja Rang Undang Undang. Antaranya seperti membawa perkara yang benar dan bukan khabar angin seperti surat layang yang menjadi rujukan.
Tindakan Wan Ahmad Fayshal Ahli Parlimen Machang dari BERSATU membawa surat layang sebagai bahan rujukan ketika berbahas pada 1 Julai lalu yang menamakan seorang kakitangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai "dalang" rancangan penjualang pegangan Malaysia Airport Holdings Bhd bakal mengundang padah apabila satu usul menggantung beliau selama 6 bulan akan dikemukan kepada dewan rakyat.
Tindakan membangkitkn surat itu serta kandungannya yang tidak disahkan, Wan Ahmad Fayhsal bukan saja memberi kesan buruk kepada individu tersebut tetapi kepada pegawai-pegawai lain ekoran "tuduhan tidak berasas" tersebut.
Usul itu turut menyatakan ahli Parlimen ketika berbahas "tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat siapa-siapa pegawai kerajaan" kecuali tindakannya ketika melaksanakan tugas selaku penjawat awam.
Wan Ahmad Fayshal bukanlah ahli politik penggal pertama sebagai Ahli Dewan dan pernah menjadi anggota Kerajaan tentu sahaja membaca aturan mesyuarat apa yang dibolehkan dan apa yang tidak boleh dinyatakan. Imuniti Ahli Dewan Rakyat bukanlah perkara yang mutlak kerana masih terikat dengan peraturan mesyuarat.
Bayangkan jika di Dewan Rakyat pun Ahli Parlimen BERSATU boleh memetik surat layang sebagai sumber maklumat apatah lagi ketika mereka berada di luar dewan. Mereka boleh sahaja menjadikan berita tidak sah sebagai sumber rujukan ketika berceramah, mengeluarkan kenyataan media ataupun membuat status di media sosial . Rakyat akan terdedah kepada lambakan berita palsu yang menimbulkan banyak implikasi negatif kepada rakyat dan negara.
Jika usul penggantungan Wan Ahmad Fayshal di luluskan di Dewan Rakyat maka tidak akan kedengaran lagi kelibat Mat Jargon dengan idea di luar tempurung otak di Dewan Rakyat. 6 bulan berehat barangkali cukup bagi beliau untuk meyakinkan rakyat bagaimana untuk mengatasi masalah kewangan rakyat dan negara dengan mencetak lebih banyak duit.
We will miss you Mat Jargon….
Anak Cili
Pedas Berapi
Apa Reaksi Anda?











