PRK Nenggiri :Bersatu rela kerandut dijentik PAS
Pengumuman calon PN dari Bersatu Mohd Rizwadi Ismail diilihat satu lagi topeng sebenar PAS yang sanggup melakukan segala bagai tipu helah bukan sahaja membohongi rakyat malahan meletakkan Bersatu di bawah tapak kaki mereka. PAS sangat beruntung kerana Bersatu bukanlah parti yang mempunyai maruah, mengenepikan dua orang calon dari parti Bersatu sebaliknya memilih ahli PAS yang dihibridkan sebagai ahli Bersatu dua hari sebelum pencalonan.
Menurut Timbalan Presiden PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pencalonan Mohd Ridzan Ismail disebabkan taktikal memandangkan beliau mempunyai peluang cerah untuk menang di PRK Nenggiri berbanding dua atau tiga nama dari Bersatu. Apakan daya parti Bersatu bagaikan melukut di tepi gantang dalam Perikatan Nasional di tambah pula PRK tersebut di adakan di Negeri Kelantan yang dianggap sebagai kubang PAS berdekat lamanya.
Entah di mana letaknya kerandut pemimpin Bersatu apabila pengumuman calon PRK Nenggiri mewakili Bersatu di umumkan oleh Menteri Besar Kelantan Mohd Nassuruddin Daud dan bukannya dari mana mana kepimpinan Bersatu. Tentu sahaja pemilihan ini sebenarnya mengecewakan pimpinan parti Bersatu yang terpaksa membiarkan PAS menjentik kerandut kejantanan mereka tanpa segan dan silu menyebabkan ramai pemimpin utama Bersatu tidak kelihatan pada majlis pengumuman calon PN di Nenggiri.
Bersatu patut merasa malu kerana belum pernah terjadi dalam mana mana majlis pengumuman calon pilihanraya dari Bersatu, disajikan dengan calon diminta melakukan “sumpah laknat” bagi membuktikan kesetiaan kepada Perikatan Nasional. Acara sumpah laknat itu tidak lain tidak bukan untuk mengikat calon mereka agar tidak mengulangi tindakan Mohd Azizi Abu Naim bekas calon Bersatu pada PRU 15 yang menyokong Kerajaan Perpaduan.
PAS ingin menunjukkan kepada Bersatu bahawa dikalangan kepimpinan Bersatu tiada pemimpin yang berkualiti dan layak diangkat. Inilah masa bagi penyokong Bersatu menunjukkan protes kepada PAS dengan memberikan sokongan kepada calon BN kerana apapun keputusan tidak akan mengubah kedudukan di negeri apatah lagi di Persekutuan.
Jika ahli dan pimpinan Bersatu yang selama ini mendokong dan menyokong PAS tetapi dinafikan hak untuk menentukan calon dari Bersatu untuk bertanding di kerusi Nenggiri yang sememangnya milik Bersatu jadi untuk apa terus berkempen untuk PAS. Adalah lebih baik semua jentera Bersatu tidak perlu bazir masa , tenaga dan wang ringgit.
Kalaupun jatuh tersungkur sekalipun, misai jangan mencecah tanah.
Itu pun jika penyokong Bersatu ada maruah.
Anak Cili
Pedas berapi
Apa Reaksi Anda?











