PRK Nenggiri : Wajarkah pilih calon PN yang “ Buta Al – Quran”?

Oleh : ANAK CILI
Julai 31, 2024 - 13:00 MYT
PRK Nenggiri : Wajarkah pilih calon PN yang “ Buta Al – Quran”?
Apakah Mohd Rizwadi Ismail bekas ahli PAS yang melompat menyertai Bersatu sama dengan mereka yang “buta Al – Quran “sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Hadi Awang yang menyatakan “ Mereka yang ‘buta al-Quran’ sahaja keluar dari Pas”.

Seringkali kita dengar kata pepatah “ seperti ketam ingin mengajar anaknya berjalan betul”  apabila PAS meletakkan bekas ahlinya sebagai calon Bersatu di PRK Nenggiri Mohd Rizwadi Ismail. Tular juga di media sosial beliau adalah ahli PAS yang baru sahaja sehari dua menyertai parti Bersatu semata mata untuk menjadi calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional di PRK Nenggiri.

Apakah Mohd Rizwadi Ismail bekas ahli PAS yang melompat menyertai Bersatu sama dengan mereka yang “buta Al – Quran “sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Hadi Awang yang menyatakan “ Mereka yang  ‘buta al-Quran’ sahaja keluar dari Pas”.  Sila rujuk

https://malaysiagazette.com/2017/07/02/mereka-yang-buta-al-quran-sahaja-keluar-dari-pas/

Kerusi DUN Nenggiri di kosongkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan apabila keahlian Mohd Azizi Abu Naim ADUN dari Bersatu yang memenangi kerusi DUN Nenggiri pada PRU ke 15 telah diistiharkan terhenti apabila dia mengambil pendirian menyokong Kerajaan Perpaduan. Beliau tidak melompat parti sebaliknya calon dari Bersatu di PRK Nenggiri awal awal sudah melompat parti dari PAS ke parti Bersatu , belum pun lagi mendapat kuasa sudah menunjukkan sifat tiada pendirian dan prinsip perjuangan.

Pengundi di DUN Nenggiri juga perlu diingatkan akan liciknya PAS mempermainkan hukum hakam agama Islam demi selera politik mereka. Lihat sahaja situasi bilamana gerombolan ahli serta kepimpinan PAS meninggalkan PAS lalu menubuhkan Parti Amanah , terpancullah hadis serta hukum dikeluarkan  seperti “ "sesiapa yang keluar dari jamaah Islam walaupun sejengkal, maka tertanggal lah Islam dari tenggoknya", ditujukan kepada mereka yang meninggalkan PAS.

Apakah sudah tertanggal Islam dari “tenggoknya” calon Bersatu yang merupakan bekas ahli PAS  yang meninggalkan PAS  iaitu Mohd Ridzwadi Ismail? Apakah beliau juga sudah “buta Al – Quran “ sebagaimana yang di dakwa Presiden PAS?

Hukum hakam dan segala bagai dalil oleh PAS digunakan dalam konteks kepentingan politik dan peribadi . Pengundi Nenggiri mempunyai peluang untuk menolak calon lompat dari PAS ke Bersatu bagi menghantar isyarat yang jelas kepada PAS mereka adalah pengundi yang bijak dan tidak termakan dengan dakyah PAS.

“halaluna wa haramukum”

Pedas Berapi

Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow