Wan Fayhsal jatuhkan maruah penjawat awam
Speaker Dewan Rakyat semalam mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal digantung selama enam bulan susulan dakwaannya mengenai surat layang yang dikatakan mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memaklumkan, seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan selepas ia dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan.
Penggunaan surat layang sebagai satu sumber yang tidak dketahui kesahihannya bukanlah satu etika yang perlu diterima pakai apatah lagi sebagai seorang pemimpin berstatus yang Berhormat Ahli Parlimen. Pada masa yang sama surat layang tersebut yang tidak pasti kesahihannya menimbulkan persepsi negative dan ia bukan saja memberi kesan buruk kepada individu yang didakwa tetapi juga secara umum kepada pegawai agensi di bawah kementerian, yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.
Tindakan beliau mendorong kepada flood gate berita bersandarkan surat layang seakan akan disahkan di Parlimen jika tiada apa apa tindakan di kenakan kepada Ahli Parlimen machang dari BERSATU itu dan berselindung di sebalik imuniti Ahli Dewan Rakyat dari sebarang tindakan yang menyalahi undang undang.
Manakala pegawai kerajaan yang dinyatakan dalam pendedahan surat layang juga tidak mempunyai peluang untuk membela diri dan akan di hakimi oleh netizen yang dipengaruhi sentimen kepartian dengan pelbagai persepsi negative. Ahli Parlimen tidak boleh menyebut kelakuan atau sifat mana-mana pegawai kerajaan, selain dalam menjalankan urusannya sebagai pegawai kerajaan.
Pegawai pegawai kerajaan yang cenderung menyokong pembangang perlu memikirkan semula adakah pemimpin dari Perikatan Nasional akan menjaga nama baik, reputasi,kredebiliti dan maruah penjawat awam? Adakah sikap sebegini yang diinginkan oleh rakyat Malaysia dari parti Perikatan Nasional yang kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu sedangkan mereka menyedari ramai dikalangan penjawat awam terdiri dari bumiputera Melayu Islam?
Sudah terang lagi bersuluh, menghela lembu dengan tali,menghela manusia dengan akal.
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











