Qunut Nazilah & Surat Layang : Dogma Sesat PAS
Bila terbaca beberapa keratan di media sosial “kami nakal tapi tak hina ulamak “, “kami mat motor pun tak hina ulamak”, menggambarkan sebilangan anak muda yang hilang arah dalam membuat pertimbangan. Timbullah fahaman ulamak itu maksum sehinggakan tiada cacat celanya. Kesilapan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja di dunia ini termasuklah ulama kerana mereka bukan Nabi malahan Sayyidina Abu Bakar Shidiq membuka ruang untuk dikritik.
PAS cuba mensucikan pemimpin mereka dengan ketaksuban kepada ulama dengan mengaitkan dengan apa sahaja tindakan parti . Anak muda yang mudah dipesongkan pemikiran tidak dapat membezakan ulama politik yang cenderung mengelirukan ajaran Islam untuk kepentingan politik. Kritikan kepada pemimpin PAS di samakan dengan mengkritik ulama sehingga muncullah ketaksuban yang melampau yang berbetuk ugutan di media sosial dikalangan pentaksub.
Saat menjadi khalifah, dalam pidato pertamanya Sayyidina Abu Bakar menyampaikan, 'Wahai manusia, sungguh aku telah didaulat sebagai pemimpin atas kalian, akan tetapi aku bukanlah manusia terbaik di antara kalian, bila aku membuat kebijakan yang baik, maka dukunglah aku, jika aku bersikap buruk (tidak sesuai aturan /Undang Undang) maka luruskanlah aku”.
Di Malaysia , mereka yang kononnya digelar ulama politik tidak boleh langsung dikritik kerana akan ditakrifkan sebagai menghina ulama pewaris nabi. Malah lebih sadis budaya khawarij mula meresapi tulang sum sum Melayu Islam dengan mengkafirkan orang Islam yang berbeza pendirian dan fahaman politik.
Insiden Wan Ahmad Fasyal Ahli Parlimen Machang yang digantung selama 6 bulan kerana membawa surat layang sebagai sumber rujukan di Parlimen mendedahkan sikap PAS sebenarnya. Mereka mempertahankan tindakan Wan Ahmad Fasyal seolah olah mengakui surat layang harus diperakukan sehingga lupa akan kenyataan Hj hadi Presiden PAS pada 22 Aprill 2022 .
"Masalahnya siapa yang buat surat itu pun kita tak tahu, jadi tiada guna kita dok layan (melayan) surat layang ni, nanti kita sama-sama melayang,"
“Saya rasa hanya yang loyar buruk sahaja yang melayan surat layang ni, kerana dari segi undang-undang pun tidak lekat."...Cuma dia (penyebar surat) tanggung lah (jawablah) dengan Tuhan, kita orang Islam percayakan, bulan puasa pula," kata hadi Awang sejurus heboh berkaitan surat layang PASleak tentang usaha beberapa pemimpin PAS dan beberapa pemimpin UMNO merancang menyumbat Ahmad Zahid Hamidi ke penjara.
https://harakahdaily.net/index.php/2022/04/22/pasleak-tak-perlu-layan-surat-layang/
https://www.malaysiakini.com/news/618868
Berbeza sekali dengan pendirian PAS semasa insiden surat layang di Parlimen baru baru ini malahan selepas sahaja keputusan menggantung Wan Ahmad Fasyal selama 6 bulan oleh Speaker Dewan Rakyat , Ahli Parlimen PAS Jasin Melaka Zulkifli Ismail membacakan Qunut Nazilah hanya kerana perselisihan politik tidak sebagaimana dianjurkan oleh ajaran Islam di zaman Rasullullah yang membaca doa Qunut Nazilah berdasarkan pengamalan Rasulullah SAW dan sahabat serta pandangan para ulama, dapat dilihat dengan jelas bahawa doa Qunut Nazilah hanya dibacakan kepada musuh daripada golongan kafir dan murtad sahaja serta tidak ke atas umat Islam sesama sendiri.
Apakah mereka mendoakan kehancuran sesama Islam? Malaysia di pimpin oleh Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan beragama Islam. Terdapat 74 orang ahli Parlimen Melayu beragama Islam dalam gabungan Kerajaan Perpaduan, ahli Parlimen Cina seramai 34 orang, India lapan orang dan lain-lain dua orang tidak termasuk 6 orang Ahli Parlimen dari PN beragama Islam yang menyokong Kerajaan Perpaduan.
PAS sudah jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya dan rakyat Malaysia tidak boleh melihat dibiarkan terjerut dengan kesempitan akal untuk berfikir secara waras.
Dunia akan aman , apabila ada ulama yang mewarisi Nabi. Tetapi kehancuran sering terjadi apabila ada yang mendakwa mereka adalah pewaris Nabi, walaupun umat manusia sendiri secara fitrah menilai tindakan mereka adalah sebaliknya.
Menjadi tanggungjawab setiap dari kita menegur kepincangan yang melanda masyarakat melayu Islam , ini agama kita ini negara kita.Kata orang tua tua “parit yang sebu kita perdalamkan, kota yang runtuh kita perbaikan, jalan yang semak di terangkan, rumput yang panjang dikeratkan, atap yang genting dibetulkan, lantai yang patah digantikan, lorong yang bengkok diluruskan.
Barulah negara dan negeri ini aman makmur.
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











