LIBERALISME & PN : DILIHAT PULUT DI TANAK BERDERAI

Oleh : ANAK CILI
November 7, 2023 - 22:34 MYT
LIBERALISME & PN : DILIHAT PULUT DI TANAK BERDERAI

Bersungguh sungguh benar nampaknya pemimpin pembangkang di Malaysia cuba mengaitkan pemimpin Kerajaan dengan fahaman liberalisme.Ianya adalah dirancang dan mengambil kesempatan dengan gejolak rakyat dalam ranah kemanusian di Palestine. 

Nirmala kemanusian yang bermuaraakan perjuangan rakyat yang tertindas tidak menjadi lembangan subur perpaduan rakyat yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia tetapi menanam kebencian sesama rakyat di negara ini menjadi fokus pembangkang.

Tindakan pembangkang mensasarkan pemimpin Kerajaan terutama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan fahaman liberalisme adalah semata mata mahu membuktikan kepada rakyat akan konsep liberalisme yang akan menjauhkan agama dari pemerintahan ataupun sering dilaungkan oleh mereka sebagai sekularisme.

Sekalipun sudah dilakukan pencerahan oleh PMX bahawa PKR dan beliau bukan ahli tetap Liberal International sebuah pertubuhan yang menyokong Israel di Parlimen tapi sebagai pembangkang apa sahaja penjelasan PMX tidak meyakinkan mereka.

PMX juga menjelaskan pendirian tidak sama sekali menyokong LGBT mahupun Israel sekalipun pernah menghadiri persidangan yang dihadiri bukan sahaja olehnya malahan pemimpin dunia Islam lain .

Cuma pemimpin pembangkang agaknya lupa akan kurap yang sebenarnya berada di lengan sendiri tetapi menggaru kaki orang lain. Mengapa tidak di tanya kepada Wan Saiful Wan Jan Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari Bersatu penglibatannya dalam gerakan liberalisme di Malaysia

https://www.malaysiakini.com/opinions/87333

Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh Wan Saiful Wan Jan dalam gerakan liberalisme di Malaysia melalui NGO IDEAS, adakah dia sudah disucikan bagai bayi yang baru lahir selepas selepas berada dalam Perikatan Nasional ?

https://youtu.be/bnF5BkYT4Gc?si=WKBYQovOd1cNXuhM

Cuma hairan bagaimana Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fashal yang mengadakan sidang media di Parlimen seakan memejam mata akan pekung yang berada dalam barisan pemimpin Bersatu seperti Wan Saifun Wan Jan Ahli Parlimen Bersatu Tasek Gelugor.

https://www.youtube.com/live/3gmDVqDUZDc?si=Hufaa3O_6eOLHRiL

Lebih hairan bin ajaib apabila selesai sahaja Sidang Media Wan Ahmad Fashal beliau lalu berkata “ ada apa apa soalan? “. 

Suasaana hening, senyap sunyi tanpa ada di kalangan pemberita yang ingin bertanya. Wan AhmadFashal seperti kebingungan dan senyum senyum kambing lantas bertanya lagi..“ selalu media tanya saya , panas panas..ini pun panas isu ini..”

Suasana terus hening dan bening…krik krik..

Dilihat pulut di tanak berderai..

#pedas berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow