ADUN PAS JENGKA DAN SANUSI AKAN DI DAKWA DI BAWAH AKTA HASUTAN?
Pihak polis sudahpun menyiapkan kertas siasatan terhadap ADUN PAS Jengka Shahril Azman Abdul Halim dan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berikutan laporan polis terhadap mereka ekoran ucapan mereka di PRK Pelangai Pahang.
Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman kertas siasatan terhadap kedua dua mereka telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwaraya pada minggu kedua Oktober di mana mereka telah dirakam percakapan di Balai Polis Manchis Bentong pada 7hb Oktober lalu.
Shahril Azman Abdul Halim ADUN PAS Jengka di siasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 AKMM serta Seksyen 505 (b) kanun keseksaaan selepas di dakwa mengeluarkan sentimen 3R iaitu berkaitan isu agama, raja dan kaum ketika berkempen di Felda Sungai Kemahal yang mana ianya telah dimuatnaik di akaun Tik Tok beliau.
Manakala Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah dari parti PAS juga telah disiasat mengikut Seksyen 4 (1)Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 AKMM 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Pilihanraya 1954 susulan kenyataanya dalam satu ceramah pada 22 September lalu iaitu sehari selepas penamaan calon.
Samada mereka akan di dakwa atau tidak ianya bergantung kepada Timbalan Pendakwaraya. Menurut undang undang mana-mana ADUN atau Parlimen akan dilucutkan status sebagai wakil rakyat jika mereka sudah disabitkan dan dihukum di mahkamah atas kesalahan berkenaan.
Seseorang individu itu akan hilang kelayakan apabila mereka dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atau lebih, atau didenda tidak kurang daripada RM2,000.
#Pedas Berapi
Apa Reaksi Anda?











