KETUA DEWAN ULAMA PAS KURANG AJAR DAN BIADAP, FITNAH GUNA SERBAN – ANWAR

Perdana Menteri berang denga tindakan Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahya Ahli Parlimen Pokok Sena yang mengaitkannya dengan Israel dalam satu posting yang dimuatnaik dalam akhbar Harakah lidah rasmi PAS.
Pada Sidang Dewan Rakyat kali ini juga Perdana Menteri memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang mengaitkannya dengan Israel ekoran gambar beliau yang berlatar belakangkang Israel.
Sekalipun artikel "Malaysia dibawah Anwar ragu ragu sokong Palestine" yang berlatarbelakangkan gambar Anwar dan bendera Israel dan digantikan dengan bendera Malaysia dan Israel sahaja tetapi ia menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati Anwar yang telah menyatakan pendiriannya yang jelas menyokong Palestine.
"Tetapi (Ahmad) boleh saja membuat kenyataan biadab dan kurang ajar," kata Anwar semasa sesi soal jawab perdana menteri di Dewan Rakyat pagi ini.
"Dengar baik-baik apa yang saya akan katakan. Supaya ketua ulama (PAS) tidak menggunakan Harakah untuk mengaitkan saya dengan Israel lagi.
"Itu adalah kenyataan yang biadab, yang melanggar tatasusila, fitnah yang menggunakan serban dan saya bantah sekeras-kerasnya.
Ahamad dalam jawapannya berkata ianya satu persoalan dan bukannya tuduhan.
Tetapi apabila PAS ditanyakan persoalan “Adakah Hadi Awang menyokong syiah dan mengamalkan budaya takfiri sebagaimana golongan khawarij?
Bukan main marah walaun dan waluntit.
#pedas berapi
Apa Reaksi Anda?






