PEKAN - 6 KELUARGA TERIMA RUMAH PERCUMA
Rumah Rakyat Pahang (RRP) merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang untuk rakyat yang benar-benar memerlukan, ianya adalah pemberian rumah percuma kepada rakyat miskin tegar yang tersenarai dalam senarai e-kasih.
Semalam sebanyak 6 keluarga di Peramu Jaya, Pekan telah menerima rumah percuma berkenaan yang telah disampaikan oleh ADN Peramu Jaya, YB. Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang yang memegang porfolio Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.
Disamping menerima rumah percuma itu, mereka turut dibekalkan dengan peralatan elektrik rumah seperti tv,mesin basuh, peralatan dapur dan pelbagai lagi peralatan rumah.
Rumah Rakyat Pahang (RRP) telah dilaksanakan sejak 2020 dan program ini terus berjalan sampai ke hari ini. Pada tahun 2020 sebanyak 98 buah rumah telah berjaya dibina dan diserahkan kepada rakyat yang paling memerlukan. Pada 2021 sebanyak 206 buah rumah lagi dibina dan meningkat kepada 269 buah rumah pada tahun 2022 dan pada tahun 2023 ini ia akan lebih meningkat bagi memberi manfaat kepada rakyat yang lebih memerlukan.
ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pahang dibawah Menteri Besar, YAB Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail sentiasa komited dalam kebajikan rakyat selari dengan laugan "Tiada Janji, Lihat Bukti".
Apa Reaksi Anda?











