UMNO Ke-80: Generasi Muda Perlu Hayati Sejarah, Perjuangan Pemimpin Terdahulu

Oleh : BARD
April 30, 2026 - 10:00 MYT
UMNO Ke-80: Generasi Muda Perlu Hayati Sejarah, Perjuangan Pemimpin Terdahulu

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Melaka, Mohd Yunus Mazlan menyeru golongan muda untuk mengimbau kembali perjuangan pemimpin UMNO terdahulu yang membawa kemerdekaan kepada negara.

Beliau berkata kegigihan pemimpin suatu ketika dahulu perlu diwarisi demi mempertahan tanah air dan kebajikan rakyat khususnya orang Melayu.

“Anak muda perlu mengimbau semula kegemilangan UMNO yang pernah mentadbir negara dan negeri dengan berkesan, sekali gus menjadi peneraju utama dalam pembangunan negara.

“Justeru, sudah tiba masanya untuk kita bangkit semula dengan sokongan generasi muda,” katanya.

Dalam pada itu Yunus turut sama menyambut baik gagasan Rumah Bangsa yang dibawa Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau ia sebagai platform penyatuan bagi memperkukuh semula sokongan akar umbi parti menjelang cabaran politik akan datang.

“Pada pandangan saya, ia merupakan langkah terbaik. Usaha membawa kembali ahli-ahli yang pernah keluar atau dipecat adalah satu pendekatan penting untuk menyatukan semula kekuatan lama.

“Hakikatnya, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri, namun kita sering terlepas pandang potensi besar yang ada dalam kalangan ahlinya. Oleh itu, penyatuan semula ini mampu mengembalikan kekuatan parti dengan lebih utuh,” ujar beliau.

Untuk rekod, Ahli Majlis Kerja Tertinggi yang bermesyuarat pada 17 April memaklumkan seramai 6,252 bekas pemimpin dan ahli UMNO termasuk di peringkat bahagian dan cawangan diterima kembali ke pangkuan parti di bawah gagasan Rumah Bangsa.

UMNO juga kini membuka saluran pendaftaran secara atas talian menerusi https://myumno.org/ bagi menyeru orang ramai khususnya anak-anak muda untuk bersama UMNO.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow