PAS kesipuan isu sekolah vernacular makan diri

Oleh : ANAK CILI
Mei 6, 2024 - 09:00 MYT
PAS kesipuan isu sekolah vernacular makan diri
Isu sekolah vernakular yang cuba di manipulasi oleh PAS untuk meraih sokongan pengundi khususnya Melayu Islam di PRK Kuala Kubu Baru akhirnya memakan diri

Isu sekolah vernakular yang cuba di manipulasi oleh PAS untuk meraih sokongan pengundi khususnya Melayu Islam di PRK Kuala Kubu Baru akhirnya memakan diri. Hari ini Fadhli Saari Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas terpaksa menebalkan muka membuat U turn dengan menyatakan PAS tidak pernah tentang sekolah vernakular. Ternyata kenyataan beliau sama sekali berbeza nada dan irama apabila beliau secara terbuka meminta calon Kerajaan Perpaduan  mencabar calon PH pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu (KKB), Pang Sock Tao agar berkongsi keputusan SPM untuk membuktikan dia bukan menuntut di sekolah kebangsaan.

Apakah motifnya? Apakah kerana Pang Sock Tao tidak menuntut di sekolah kebangsaan maka beliau tidak layak untuk bertanding dalam pilihanraya? Apakah dengan cara membangkitkan isu sekolah vernakular akan di jadikan modal bagi PAS untuk meraih undi  dengan membezakan bahawa calon PN berpendidikan sekolah aliran kebangsaan? Jelas sekali perbandingan sebegini menunjukkan sikap perkauman yang menebal di kalangan pemimpin PN .

Fadhli Saari cuba menyorokkan muka menahan kesipuan apabila calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao telah menunjukkan keputusan SPM dan UPSR miliknya yang menunjukkan keputusan cemerlang semua A termasuk subjek bahasa Melayu. Fadhli Saari semakin gelabah bila netizen pula cuba mempersoalkan pendidikan beliau dan meminta beliau menunjukkan sijil SPM sebaliknya jawapan beliau itu hak peribadi. 

Bukan itu sahaja beliau juga ditempelak apabila membangkitkan isu sekolah vernakular kerana ramai di kalangan kepimpinan PAS termasuk cucu Presiden PAS, anak Ahli Parlimen Temerloh dan beberapa calon PAS pada PRU baru baru ini bersekolah di SRJKC.

https://malaysiagazette.com/2024/04/29/pang-jawab-pertanyaan-ahmad-fadhli-berhubung-peperiksaan-upsr-spm/

https://www.malaysiakini.com/news/704120


Rakan rakan sekutu dalam Perikatan Nasional seperti Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dan Ketua Bersekutu Bersatu Chong Fat Full juga kelihatan kurang senang dengan kenyataan Fadhli Saari.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1241470/hentikan-isu-sekolah-vernakular-ia-dasar-kerajaan-pusat-pn-tak-boleh

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/04/30/henti-main-isu-sekolah-vernakular-sayap-bersekutu-bersatu-tegur-fadhli/

Patutlah penyokong bingai bila PAS dapat Ketua Penerangan seperti Fahhli Saari yang bodoh. Memang layaklah duduk sebagai pembangkang  dan bukan sebagai ahli kerajaan.

Betullah kata orang “beriak kerana tak dalam bergoncang kerana tak penuh”.

Alahai…

Pedas Berapi

Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow