PAS MENIKUS DALAM DEWAN, MENYINGA DI LUAR DEWAN

Sidang Dewan Undang Negeri Pahang baharu sahaja berakhir dan antara yang menarik perhatian adalah sikap pembangkang di Pahang yang dilihat cuba meraih publisiti murahan. Mungkin boleh diterima jika ada dikalangan wakil rakyat yang masih baru penggal pertama di dewan undangan negeri tetapi apabila kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS yang juga ADN Cheka sebagai antara yang beberapa penggal sebagai wakil rakyat tidak mengetahui selok belok aguran perjalanan dewan adalah sesuatu yang membuktikan pembangkang di Pahang tidak berkualiti.
Ketua Pembangkang, Tuan Ibrahim Tuan Man, mengeluh kononnya sidang kali ini terlalu singkat, hanya setengah hari, dan banyak soalan tidak dijawab. Hakikatnya, sidang kali ini memang dijadualkan singkat kerana ia tertumpu kepada tiga agenda utama:
- Pembentangan dan bacaan Rang Undang-Undang (RUU)
- Laporan-laporan berkaitan urusan negeri
Sebenarnya rakyat sudah boleh menilai situasi yang berlaku dalam Sidang DUN Pahang kerana kini disiarkan secara langsung melalui pelbagai platform media sosial. Ketua Pembangkang di Sidang DUN Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man antara lain menyatakan kekesalan dengan Sidang DUN Pahang kali ini berlangsung setengah hari sahaja dan banyak soalan yang tidak di jawab oleh pihak kerajaan.
Pertamanya , Sidang DUN Pahang secara kali ini berlaku dalam tempoh yang singkat kerana hanya membabitkan hanya memberi tumpuan kepada pembentangan serta kelulusan usul, rang undang-undang dan laporan-laporan yang berkaitan.
Sepanjang sesi soal jawab, Exco-exco kerajaan menjawab persoalan daripada ahli dewan, termasuk soalan tambahan. Ini bermakna, isu rakyat memang dibawa dan dijawab di dalam dewan. Persoalannya, apa lagi yang kononnya ‘tidak dibincang’?
Inilah realitinya, pembangkang di Pahang hanya berani bersandiwara di luar dewan, tetapi lumpuh di medan sebenar. Mereka lebih selesa bermain persepsi di media sosial daripada bertanggungjawab menggunakan ruang perbahasan yang sah di Dewan Undangan Negeri untuk mengangkat isu rakyat.
Jika PAS dan rakan-rakan pembangkang benar-benar mahu dilihat sebagai pembela rakyat, tunjukkan keberanian berbahas di medan sebenar, bukan sekadar melalak di luar dewan. Politik bukan sekadar berdrama di hadapan mikrofon, tetapi membela kepentingan rakyat melalui fakta, data, dan dasar yang konkrit. Malangnya, itu semua tidak ada dalam kamus politik pembangkang Pahang hari ini.
Apa Reaksi Anda?






