Tipikal Sanusi & hipokrasi

Oleh : ANAK CILI
Mei 5, 2024 - 13:00 MYT
Tipikal Sanusi & hipokrasi
Siapa sangka Sanusi yang di kenali sebagai ahli politik yang bermulut celupar dan angkuh akhirnya terpaksa melontarkan keangkuhannya.

Gelagat Sanusi Menteri Besar Kedah yang juga Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional ketika menyambut kedatangan Anwar Ibrahim PMX di lapangan terbang ketika lawatan rasmi ke Kedah mencuri perhatian ramai.  Siapa sangka Sanusi yang di kenali sebagai ahli politik yang bermulut celupar dan angkuh akhirnya terpaksa melontarkan keangkuhannya.

Dikalangan ahli politik yang silih berganti  mereka akan di kenali dengan pelbagai cara  , pendekatan, gaya dan karektor  yang bermatlamatkan kuasa politik. Bohonglah jika terjun ke dunia politik dengan selain alasan mendapatkan kuasa. Cuma Sanusi lebih mirip kepada badut politik yang dipergunakan oleh PAS bagi mencapai matlamat mendapatkan kuasa.

https://www.astroawani.com/berita-politik/muhammad-sanusi-mohon-maaf-atas-keterlanjuran-kata-469149

Boleh sahaja Sanusi memohon kemaafan di atas ketelanjurannya dan mengakui kesilapan yang mengguris hati seteru politik. Sempena bulan mulia Syawal , bermaafan itu adalah dituntut oleh Islam tidak kira apa acuan politik. Tidak salah juga berhusnuzon tetapi apakah akan ada jaminan beliau tidak akan meneruskan keceluparannya yang sering malampaui batasan manusiawi?

Sanusi masih sempat berkuliah politik menyinggung cara dan pendekatan pimpinan Kerajaan Perpaduan yang hadir di mana beliau sebagai tetamu yang dijemput dengan memetik kata kata ahli  falsafah demokrasi Perancis, Baron de Montesquieu iaitu “To become truly great, one has to stand with people, not above them," katanya. Beliau menyifatkan, kepentingan rakyat harus mengatasi keghairahan untuk mengekalkan kuasa politik. 

Cuma beliau lupa tindak tanduknya dalam berpolitklah yang menjadi punca kepada hubungan hambar antara PMX dan beliau. PMX dalam respon kepada ucapan Sanusi menjelaskan "saya ni mudah, cakap elok elok, selesai semua".

Ramai juga yang membuat telahan , Sanusi terpaksa mengikut rentak Menteri Besar Kelantan Nasarudin Daud yang kini kelihatan lebih bersopan dalam berpolitik. Sekalipun pernah di gelar sebagai Singa PAS tetapi akhir akhir ini sudah kehilangan taring  tetapi sungguhpun begitu Kelantan di lihat mendapat layanan yang lebih berbanding Kedah oleh Kerajaan Perpaduan.

Masakan PMX sebagai manusia biasa tidak mempunyai hati dan perasaan seandainya pagi petang siang malam subuh senja menjadi kecaman tanpa sempadan oleh Sanusi tetapi dalam masa yang sama memohon PMX meluluskan deretan permohonan Sanusi selaku MB Kedah?
Sanusi makin gusar dan gundah gulana kerana tanpa hubungan baik dengan Kerajaan Perpaduan maka Kedah akan berhadapan dengan masalah. Pilihanraya umum masih jauh jadi apa keperluan Sanusi terus pamerkan kebodohan mengejar populariti dengan keceluparan  tanpa memikirkan kesan kepada rakyat Kedah?

Pendekatan berkonfrantasi antara negeri dan persekutuan tidak akan membawa Kedah ke mana mana.

Ada sampan kenapa mahu berenang?

Pedas berapi

Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow