Bukit Aman panggil Tony Pua hari ini

Oleh : ANAK CILI
Februari 5, 2024 - 13:51 MYT
Bukit Aman panggil Tony Pua hari ini
TonBerikutan kenyataan yang penuh kontroversi bekas Ahli Parlimen DAP Tony Puaka akan dipanggil oleh pihak polis di Bukit Aman jam 1.00pm hari ini (Isnin). Ianya bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengenai keputusan Lembaga Pengampunan tentang hukuman Najib Razak.

Berikutan kenyataan yang penuh kontroversi bekas Ahli Parlimen DAP Tony Puaka akan dipanggil oleh pihak polis di Bukit Aman jam 1.00pm hari ini (Isnin). Ianya bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya mengenai keputusan Lembaga Pengampunan tentang hukuman Najib Razak.

Perkara tersebut di sahkan oleh Ketua Polis Negara  Razarudin Husain yang telah menerima laporan tentang komen beliau yang dimuatnaik dimedia sosial dan akan disiasat  mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan.

“Kenyataan seperti ini bersifat menghasut orang ramai agar membenci dan menghina institusi diraja berkenaan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong dalam menjalankan bidang kuasanya bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan”, kata Ketua Polis Negara  Razarudin Husain

Hanya dengan tindakan tegas pihak berkuasa dapat menutup keceluparan Tony Puaka yang bermulut celupar. Manusia seperti beliau jika dibiarkan akan merosakkan sendi perpaduan antara kaum disamping akan menghakis penghormatan kepada Institusi Raja yang selama ini menjadi asas bagi pembinaan sebuah negara.

Negara tidak memerlukan rakyat yang lupa asal usul dan lupa akan sejarah pembentukan negara. Sistem Raja Berpelembagaan akan terus dipertahankan ketikamana kita dalam masa yang sama mengamalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi tidak bermakna kebebasan mutlak. 

Dalam realiti semasa di Malaysia, konsep kebebasan secara total tidak  sesuai. Dengan komposisi masyarakat di Malaysia adalah cukup majmuk dan masing-masing mempunyai adat budaya serta kepercayaan masing-masing, adalah sukar dan bahaya jika setiap daripada mereka diberikan kebebasan total untuk melakukan apa sahaja secara sewenang-wenangnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow