Konvensyen 80 Tahun UMNO Bangkit Semangat Perjuangan

Oleh : BARD
Mei 4, 2026 - 11:00 MYT
Konvensyen 80 Tahun UMNO Bangkit Semangat Perjuangan

Ketua Pemuda UMNO Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal menyifatkan Konvensyen UMNO 80 Tahun sebagai platform penting yang bukan sahaja sarat dengan nilai sejarah, malah berjaya membangkitkan semangat perjuangan dalam kalangan ahli parti.

Beliau berkata perjalanan lapan dekad UMNO membuktikan ketahanan parti itu dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara meskipun berdepan pelbagai cabaran serta ujian.

Menurutnya, pesanan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penutup konvensyen tersebut amat jelas agar seluruh ahli terus bersatu, menolak perpecahan serta mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap gerak kerja.

“Keikhlasan, kesetiaan dan kerja kuat mesti terus menjadi asas dalam memastikan perjuangan parti kekal relevan dan diyakini rakyat,” katanya.

Pada Sabtu berlangsung Konvensyen UMNO 80 tahun selain beberapa acara lain termasuk Kongres Pendidikan Bumiputera selain beberapa acara lain menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80, 11 Mei nanti.

Dalam masa sama, Akmal Zharif turut menzahirkan penghargaan terhadap ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang menurutnya berjaya menyuntik semangat apabila menegaskan kekuatan parti terletak pada akar umbi.

Katanya, akar umbi yang sentiasa bersama rakyat serta berani menghadapi cabaran semasa merupakan tunjang utama kepada kekuatan dan kelangsungan UMNO.

Akmal Zharif berharap konvensyen tersebut akan menjadi titik kebangkitan baharu kepada parti untuk terus melangkah gagah ke hadapan dalam mendepani landskap politik yang semakin mencabar.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow