Saifuddin Abdullah & Tony Pua sama sama biadap

Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota telah tunjukkan belangnya yang sebenar berikutan respon beliau terhadap keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman kepada Najib Razak. Sindirannya kepada Lembaga Pengampunan secara tidak langsung sealiran dengan Tony Pua dan lebih malang sebagai seorang pemimpin Melayu Islam yang datang dari Negeri Pahang di mana Yang di-Pertuan Agong adalah Sultan Pahang.
Sekalipun tidak menamakan secara nyata tetapi masyarakat tidak perlu diajak unuk berteka teki kemanakah sindirannya dialamatkan berikutan keputusan pengurangan hukuman oleh Lembaga Pengampunan kepada Najib Tun Razak.
"Telah tiba masanya untuk melakukan reset iaitu menyusun semula sistem dan institusi fundamental yang pernah menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.
"Kebanyakan sistem yang kita guna hari ini sudah memasuki fasa decay atau reput, dan reset ini tak akan berlaku jika kewujudan reput itu tidak kita akui," katanya dalam satu sidang media sejurus pengumuman oleh Lembaga Pengampunan berkaitan kes Najib Tun Razak.
https://www.malaysiakini.com/news/695141
Apakah yang beliau maksudkan untuk menyusun semula sistem dan institusi fundamental itu sama dengan menyusun semula Institusi kehakiman atau institusi parlimen atau institusi Raja Berpelembagaan? Apakah beliau ingin menyatakan bahawa sistem yang menggunakan Lembaga Pengampunan dan peranan Yang di-Pertuan Agong sudah reput?
Beliau mesti berani menyatakan secara jelas jika anak jantan kerana rakyat Pahang khususnya di Parlimen Indera Mahkota akan menilai semula adakah beliau wajar di pilih sebagai ahli Parlimen Indera Mahkota pada PRU ke 16. Rakyat ingin melihat sejauh manakah sandiwara pemimpin parti Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional yang kononnya selama ini menjadi jaguh dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu Islam tetapi menyindir Lembaga Pengampunan sedemikian rupa.
Rakyat tidak lupa akan peranan beliau sewaktu berada dalam Kerajaan Pakatan Harapan . Rakyat akan tetap mengabadikan ICERD dan Statut Rom Mahkamah Antarabangsa yang jika tidak ditentang dengan kebangkitan Melayu Islam maka sudah pastinya Institusi Raja dan kedaulatan negara berada dalam keadaan yang menggusarkan. Siapakah Menteri Luar ketika meratifikasi ICERD dan Statut Rom?
Berlaku tuduh menuduh antara Saifuddin Abdullah selaku Menteri Luar dengan Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy tentang peranan siapakah yang bertanggungjawab ingin meratifikasikan ICERD tetapi rakyat akhirnya tahu siapa yang sebenarnya terlibat.
Rakyat kenal siapakah Saifuddin Abdullah yang tidak mempunyai pendirian politik sebaliknya sentiasa mencari keuntungan politik bermula sebagai calon BN di Temerloh dan selepas itu melompat kepada PKR dan hari melengkapkan pusingan lompatan katak menyertai Bersatu.
Apa yang sebenarnya perlu diketahui umum adalah karier politik Saifuddin Abdullah sebagai Ahli Parlimen Indera Mahkota yang mereput dan bukannya sistem fundamental di negara ini.
Apa Reaksi Anda?






