PAS dan ciri ciri penunggang agama

Oleh : ANAK CILI
Mei 6, 2024 - 20:15 MYT
PAS dan ciri ciri penunggang agama
Islam bukan idealisme parti sebagaimana yang diigunakan oleh banyak parti yang menggunakan jenama Islam seperti Parti Islam Semalaysia PAS, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami dan banyak lagi. Apa sahaja nama parti atau gerakan yang menggunakan nama Islam tidak semestinya mengikut Islam

Siyasah Islam atau politik Islam yang diberi penaksiran secara idealisme parti boleh membawa kepada kekhilafan malahan kekeliruan dalam masyarakat tentang Islam. Islam bukan idealisme parti sebagaimana yang diigunakan oleh banyak parti yang menggunakan jenama Islam seperti Parti Islam Semalaysia PAS, Ikhwan Muslimin, Jamaat Islami dan banyak lagi. Apa sahaja nama parti atau gerakan yang menggunakan nama Islam tidak semestinya mengikut Islam.

Islam bukan untuk ditunggang untuk kepentingan parti sebagaimana apa yang dilakukan oleh PAS. Sebaliknya parti lah yang harus di tunggang untuk kepentingan dan menjaga agama sebagaimana apa yang dilakukan oleh UMNO sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946. Ciri ciri bagaimana Islam di tunggang oleh PAS boleh sahaja di lihat berdasarkan apa yang dinyatakan oleh ramai pemimpin PAS sebagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Ahli Parlimen Kubang Kerian dan ADUN Cheka ketika di tanya berkaitan calon yang wajar dipilih oleh pengundi ketika pilihanraya seperti video yang disertakan.

Lihat sahaja bagaimana soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberikan dalam senario yang sama tetapi ada dua jawapan yang berbeza , cara Islam pada pandangan Tuan Ibrahim Tuan Man ini sangat mengelirukan.

Bukan kita yang memilih kaum, bukan kita yang memilih warna kulit dan kita semua dijadikan oleh Allah swt jika menurut kata Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berkempen di PRK Kuala Kubu Baru. Tetapi anihnya apabila di tanya “apakah menjadi masalah jika Melayu ataun semua mahu mengundi calon DAP? Maka jawab Tuan Ibrahim Tuan Man “ Apakah ciri ciri yang ada pada calon DAP, mereka dirikan sembahyang? Mereka keluarkan zakat? Takde ciri ciri itu’.

Apabila di tanya pula “ kalau ada calon bukan Melayu dari Perikatan Nasional , macam mana? 

“TAK KITA HADAPI SEKARANG?’, jawab Tuan Ibrahim Tuan Man tanpa rasa sedikitpun rasa bersalah dengan muka selamba. Tentu sahaja jawapan beliau merujuk kepada bukan calon dari parti Gerakan yang mewakili PN pada PRK Kuala Kubu Baru.

Jika calon dari bukan Melayu parti Gerakan atau DHPP yang menjadi calon di PRK Kuala Kubu Baru adakah mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat maka orang Melayu Islam khususnya perlu menyokongnya?

Dalam hadis , Abu Sa’ïd Al-Khudri ada bercerita bahawa Nabib SAW ada mebahagikan harta rampasan perang. Tetapi dalam ramai ramai itu ada sebilagan yang hadirtidak berpuashati malah menyatakan bahawa mereka berhak terhadap harta tersebut.Ada yang menuruh Nabi SAW bertaubat, menjadikan Khalid Al Walid ketika itu ada di sisi nabi ketika itu meminta izin bagi memancung kepalanya.
Nabi SAW melarang Khalid Al Walid dengan alasan dia masih lagi menunaikan solat. Khalid berkata “berapa ramai orang yang menunaikan solat dan ia berkata dengan lidahnya tidak sama dengan apa yang dalam hatinya.

Jawab Nabi SAW pula “aku tidak pernah disuruh mengorek apa yang ada di dalam hati dan mengetahui isi perutnya.”
Setelah dia pergi Nabi SAW terus berkata “Sesungguhnya daripada keturunannya akan keluar satu kaum yang membaca Al Quran dengan baik, tetapi tidak sekadar lebih halqum mereka sahaja. Mereka terlepas dari agama sebagaimana terlepas anak panah daripada busur panah.

Berdasarkan hadis tersebut jelaslah kepada kita tidak perlu mencari jauh jika semua sudah berada di depan mata dimanakah dan siapakah diantara mereka yang menjadi penunggang agama.

Pedas Berapi

Anak Cili

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow