Peluang untuk warga Tioman memiliki rumah PR1MA Pahang

Oleh : BARD
Mei 21, 2024 - 11:49 MYT
Peluang untuk warga Tioman memiliki rumah PR1MA Pahang

Bagi memberi peluang kepada penduduk Tioman untuk memiliki rumah sendiri, Kerajaan Negeri telah memluluskan tanah seluas 50 ekar bagi pembinaan PR1MA Pahang di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Perkara ini diberitahu oleh YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika lawatan kerja di Tioman baru-baru ini.

Beliau juga berkata ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri bagi melihat penduduk di Tioman memiliki rumah sendiri dan membuktikan bahawa kerajaan Negeri Pahang sentiasa prihatin terhadap rakyat di bumi Pahang ini.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, YB. Dato’ Sri Mohd Johari Hussain, Pengurus Besar Lembaga Pembagunan Tioman (TDA), YH. Dato’ Haji Idros Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP), YH. Dato’ Ahmad Islanizam A. Halim, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, PPjB Md Gezani Md Ghazi, Timbalan Pengarah PlanMalaysia Negeri Pahang, YBrs Puan Suraya Haji Dahlan dan Setiausaha Bahagian BKT, YBrs Encik Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow