Perikatan Nasional Bergolak: PAS Gila Kuasa, Bersatu Kian Lemah?
Walaupun cuba tampil sebagai “penyelamat Melayu-Islam”, Perikatan Nasional (PN) kini dilihat tidak lebih daripada gabungan longgar yang dipenuhi perebutan kuasa dan agenda tersembunyi. Ketegangan antara PAS dan Bersatu semakin jelas, menjadikan PN tidak stabil dan tidak layak untuk diangkat sebagai kerajaan masa depan.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), walaupun kononnya memperjuangkan Islam, kini terbukti tamak kuasa. Pemimpin-pemimpin PAS secara terbuka menyuarakan hasrat untuk meletakkan calon Perdana Menteri daripada parti mereka jika PN berjaya mengambil alih Putrajaya.
Ini jelas satu bentuk pengkhianatan terhadap Bersatu yang sebelum ini menerajui gabungan. PAS semakin angkuh selepas menang besar dalam PRN 2023, dan kini cuba menyingkirkan pengaruh Bersatu yang semakin lemah. Ini bukan semangat kerjasama, tetapi politik tikam belakang.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu, semakin kehilangan cengkaman. Dalam beberapa pilihan raya kecil, calon-calon Bersatu kalah teruk dan hilang sokongan rakyat. Parti ini gagal menunjukkan hala tuju jelas, dan hanya bergantung kepada kekuatan PAS.
Pemimpin muda dalam Bersatu pula dilaporkan tidak berpuas hati dan mula memberontak secara senyap. Bersatu kini tidak lebih daripada parti menumpang dalam gabungan yang dikuasai oleh PAS.
Perikatan Nasional hari ini bukan gabungan yang kukuh, ia adalah gabungan penuh percaturan politik peribadi, saling mencurigai, dan perebutan kuasa. Tiada dasar jelas, tiada kesatuan strategi, dan tiada agenda yang menyeluruh untuk semua rakyat Malaysia.
PAS bawa imej ekstrem dan konservatif, menakutkan pelabur dan rakyat bukan Islam.
Bersatu pula tidak lagi dihormati sebagai parti dominan, malah dilihat hanya ‘menumpang’ kuasa PAS.
Gerakan? Parti kecil yang hanya menjadi pelengkap angka.
PAS dan PN gemar menggunakan isu agama dan perkauman untuk meraih undi. Mereka mencetus ketakutan palsu kononnya “Islam terancam” atau “Melayu dipinggirkan” jika kerajaan perpaduan kekal berkuasa. Hakikatnya, ini hanyalah retorik kosong untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
Rakyat Malaysia semakin celik. Mereka mahukan kestabilan, kemajuan ekonomi serta perpaduan dan bukannya drama dalaman parti pembangkang yang penuh dendam dan agenda tersembunyi.
Dengan pergolakan dalaman, perebutan kuasa antara PAS dan Bersatu, serta kegagalan menunjukkan prestasi dalam PRK, Perikatan Nasional tidak layak diangkat sebagai pembangkang yang berwibawa. Mereka lebih sibuk bertelagah sesama sendiri daripada memperjuangkan nasib rakyat.
Rakyat harus menolak politik yang penuh muslihat, ekstremisme dan perebutan kuasa. PN bukan jawapan untuk masa depan Malaysia,mereka adalah liabiliti kepada kestabilan negara.
Apa Reaksi Anda?











