Pertahan Jawatan Presiden, Pas Ketandusan Bakat Dan Gila Kuasa
'Saya kalau boleh nak mati dalam bertugas'. kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Haji Hadi Awang yang memegang jawatan tersebut semenjak 2002. Ini menggambarkan parti Pas sebenarnya ketandusan pemimpin pelapis.
Dua dekad memegang jawatan presiden Pas, Haji Hadi sepatutnya sudah memberi laluan kepada muka baharu bagi memimpin Pas. Dengan kesihatannya yang uzur, kerap mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Haji Hadi sepatutnya memikirkan masalah kesihatannya dahulu berbanding tugas parti.
Pas sering berkata, ahli-ahli mereka terdiri ulama, teknokrat dan pemimpin masa depan. Dan mengapa Haji Hadi masih hendak mengekalkan jawatan yang beliau sandang hampir 20 tahun? Apakah Haji Hadi kurang yakin dengan kepimpinan yang ada sekarang untuk mengantikan tempat beliau?
Mana pemimpin pelapis PAS? Mana ‘tokoh ulama muda’? Mana barisan pelapis yang selama ini dijaja sebagai ‘harapan ummah’?
Jelas sekali, PAS sebenarnya ketandusan bakat, kering kontang dan Padang pasir politik.
Pas sering mengkritik Umno kononnya takut untuk melakukan perubahan jawatan Presiden Umno. Dimomokkan Umno ini penakut, kena cucuk hidung, tak berani melakukan perubahan. Rupanya, Pas lagi taksub dengan pemimpinnya. Presiden mereka yang sudah uzur, masih lagi disuruh pertahankan jawatan.
Umno sudah 7 kali bertukar presiden. Dari Datuk Onn Jaafar hingga Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semenjak tertubuhnya Umno pada 1946. Ada pemimpin meletak jawatan secara sukarela, ada yang bersara, ada yang diganti selepas kalah pilihan raya. Ini menunjukkan, UMNO tetap berlaku peralihan kuasa, walaupun partinya dikritik dari pelbagai sudut.
Manakala Pas pula, dalam 74 tahun (1951–2025), PAS cuma tukar Presiden sebanyak 6 kali. Nak tukar Presiden pun tunggu mati. PAS kini bukan lagi parti Islam progresif, tapi dah berubah jadi parti kultus individu. Parti di mana perubahan hanya berlaku bila Presiden kembali ke Rahmatullah. Satu-satunya sistem peralihan kuasa dalam PAS adalah Kematian.
Kesimpulannya, Pas sebenarnya parti yang gagal melahirkan pelapis. Pas sebuah parti yang fanatik kepada pemimpinnya. Pas parti yang jumud pemikirannya.
Pas bukanlah sebuah parti harapan, ia sebuah parti yang gila kuasa bertopengkan Islam.
Apa Reaksi Anda?











