Pesawat patah balik, gara-gara juruterbang terlupa pasport

Oleh : BARD
Mac 26, 2025 - 12:00 MYT
Pesawat patah balik, gara-gara juruterbang terlupa pasport

Sebuah pesawat United Airlines yang berlepas dari Amerika Syarikat (AS) menuju ke China terpaksa berpatah balik selepas juruterbang terlupa membawa pasport.

Penerbangan UA198 yang membawa 257 penumpang dan 13 kru itu dalam perjalanan dari Los Angeles (LA) ke Shanghai yang mengambil masa selama hampir 14 jam pada Sabtu lalu.

Jurucakap United Airlines memaklumkan Boeing 787-9 tersebut kembali dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco setelah melakukan penerbangan selama hampir dua jam.

Data Flightradar24 menunjukkan UA198 terbang keluar dari LA merentasi Lautan Pasifik sebelum berpatah balik ke California.

Salah seorang penumpang, Paramjot Singh Kalra menerusi platform X menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap insiden itu.

“Gara-gara juruterbang tertinggal pasport kami terkandas selama lebih enam jam. Hal ini sememangnya tidak boleh diterima.

“@united pampasan apa yang anda boleh tawarkan atas kegagalan pengendalian ini?” menurut catatannya.

Kesemua penumpang diberikan baucar makanan dan ganti rugi serta diterbangkan ke destinasi, kira-kira enam jam lebih lewat daripada jadual asal. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow