PRESIDEN JOE BIDEN HARAP GENCATAN SENJATA DAPAT DILANJUT

Oleh : PAHANGKU
November 25, 2023 - 13:30 MYT
PRESIDEN JOE BIDEN HARAP GENCATAN SENJATA DAPAT DILANJUT
Biden memberitahu akan kekal berhubung dengan pemimpin di rantau Asia Barat untuk membina masa depan yang lebih baik, tanpa melibatkan keganasan. - Foto Evan Vucci/AP

MASSACHUSETTS: Presiden Joe Biden berharap gencatan senjata antara Israel-Hamas dapat dilanjutkan lebih daripada tempoh empat hari yang dipersetujui.

Beliau berpendapat, ini akan membolehkan lebih ramai tebusan dibebaskan.

"Bermula pagi Jumaat, di bawah perjanjian yang dicapai hasil usaha diplomasi Amerika Syarikat, termasuk beberapa panggilan dibuat dari Pejabat Oval kepada pemimpin serantau, pertempuran di Gaza akan berhenti selama empat hari.

"Ia juga membolehkan 50 tahanan dibebaskan. Ini adala sasaran kita," katanya.

Biden memberitahu akan kekal berhubung dengan pemimpin di rantau Asia Barat untuk membina masa depan yang lebih baik, tanpa melibatkan keganasan.

Dalam pada itu beliau meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu fokus untuk mengurangkan korban orang awam dalam perang mereka menentang pejuang Hamas. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow