Rumah Ahli Parlimen Beruas dibaling bom petrol
Rumah Datuk Ngeh Koo Ham di Beruas, Perak dibaling ‘molotov cocktail’ atau bom petrol di kediaman Ahli Parlimen Beruas itu awal pagi tadi.
Dalam kejadian tersebut, menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah kereta Koo Ham.
Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook dalam kenyataan berkata, apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima untuk menyelesaikan perbezaan dalam masyarakat kita.
Oleh itu, menurut beliau, pihaknya meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian ini dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga.
Menurut Anthony, awal pagi tadi, kediaman Koo Ham diserang dengan ‘molotov cocktail’ sehingga menyebabkan kebakaran yang memusnahkan salah sebuah keretanya.
Susulan kejadian itu, katanya, pihak bomba berkejar dan sempat memadamkan api dan mengelak kebakaran tersebut merebak ke dalam bangunan kediamannya.
Kata beliau, Koo Ham telah membuat laporan polis berharap polis akan menangkap pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyatakan lokasi kediaman Ahli Parlimen Beruas itu.
Apa Reaksi Anda?











