Gelar “barua” satu penghinaan Sanusi terhadap penjawat awam

Oleh : ANAK CILI
Januari 9, 2024 - 18:04 MYT
Gelar “barua” satu penghinaan Sanusi terhadap penjawat awam

Kebelakangan ini budi bahasa tidak lagi menjadi suatu norma kehidupan yang menjadi identiti rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Begitu banyak perumpamaan, bidalan mahupun pantun Melayu yang meletakkan akan peri pentingnya budi bahasa. Budi bahasa rupanya menjadi dinamik sebagaimana perubahan sosio politik Melayu.

Budi bahasa orang Melayu makin hilang dan terhakis apabila wujudnya golongan yang kononnya mewakili Melayu Islam dipilih sebagai pemimpin sebaliknya menunjukkan tauladan yang tidak mencerminkan parti yang mengamalkan ajaran Islam dan terpaling Melayu.

Sanusi Menteri Besar Kedah mewajarkan keceluparan beliau dengan alasan sentiasa berkata perkara benar dalam semua perkara dengan lantang dan berani. Mencarut sekalipun tidak mengapa kerana akan ada penyokong parti yang bertopengkan agama yang boleh menggali sejuta dalil bagi menghalalkan cara.

Apabila mereka terpalit dengan pelbagai tuduhan dan salahguna kuasa , bukan sahaja ahli politik lawan yang di cerca tetapi penjawat awam yang menjalakan tugas turut di jadikan sasaran .

Terbaru Sanusi menggelarkan agensi awam sebagai “barua” apabila ada siasatan , penahanan mahupun pendakwaan terhadap kroni kroni beliau dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.  Jiwanya hangus terbakar apabila selepas kes rasuah perlombongan nadir bumi terbongkar dan mereka yang rapat dengannya telah di dakwa di mahkamah.

Makin rentung terbakar hati  Sanusi bila CEO Persatuan Bolasepak Kedah pula ditahan untuk siasatan SPRM lalu mendakwa agensi awam yang terlibat adalah “barua”. 

"Pasal duit itu saya tidak tahu, itu depa yang kata. Saya cakap nak 'sapu' puak ini (agensi terlibat) pasal jadi barua orang, menzalimi orang," kata Sanusi.

Kata kata beliau seolah olah satu ugutan kepada agensi awam yang menjalankan tugas. Sebagai Menteri Besar Kedah ianya satu tindakan yang tidak wajar dan merupakan serangan kepada agensi awam.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow