Kenapa clear cheque RM 6 juta ke akaun KFA?
Setiap kali SPRM melakukan siasatan di Kedah , Sanusi akan cepat melatah bersilat kuntau. Beliau cuba mengaitkan sebarang siasatan berkaitan kes rasuah di Kedah adalah di alamatkan kepadanya sebagai sasaran. Jika beliau dengan angkuh dan sombong menyatakan kesedian untuk di siasat 28 jam sehari , kenapa perlu risau ?
Sebagai Presiden KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) , benarkah beliau tidak mengetahui apa yang berlaku ? Berdasarkan kenyataan yang telah beliau keluarkan jelas menunjukkan beliau sebenarnya mengetahui tentang transaksi yang berlaku diantara seorang taukey konsesi dan KFA yang diterajuinya.
Berdasarkan siasatan yang dijalankan, wang lebih RM6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun sebuah persatuan bola sepak.
Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik sebuah syarikat untuk mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air.
Jika Kerajaan Negeri pimpinan Sanusi tidak mahu menyambung kontrak menyelenggara lima loji takungan air kenapakah cheque di berikan oleh syarikat yang melobi projek penyelenggaraan air di“clearkan”dan dimasukkan ke akaun KFA walaupun kerajaan negeri tidak berniat menyambung kontrak konsesi ? Bukankah KFA boleh menolak cheque tersebut?
Apapun biarlah SPRM jalankan siasatan dan jika ada unsur rasuah dan didakwa di mahkamah maka proses keadilan melalui perbicaraan adalah ruang bagi mereka yang di dakwa membersihkan nama sekiranya mereka merasakan tidak terlibat dalam salahguna kuasa atau amalan rasuah.
Sanusi kalut kenapa? Sudah koyakkah?
P/S : betoi ka Kedah dah elok?
Apa Reaksi Anda?











