Siapa punca rancangan penutupan UNITEN Muadzam Shah Pahang?

Oleh : ANAK CILI
Januari 15, 2024 - 11:13 MYT
Siapa punca rancangan penutupan UNITEN Muadzam Shah Pahang?

Isu penutupan UNITEN Muadzam Shah kini kembali hangat diperkatakan. Malah isu penutupan ini sebenarnya telah mula kedengaran sejak tahun 2019 lagi sehingga membangkitkan ketidakpuasan banyak pihak termasuk juga Kerajaan Negeri Pahang yang membantah penutupan ini.

Isu ini kembali hangat semula pada tahun ini apabila Kerajaan Negeri sekali lagi membantah usaha-usaha ke arah penutupan universiti ini.

Difahamkan jumlah pelajar di universiti ini juga semakin berkurangan daripada 4,000 orang pelajar kepada lebih kurang 800 orang sahaja pada masa kini, menyebabkan kita boleh membuat andaian bahawa UNITEN kampus Muadzam Shah dilihat sudah tidak mampu menampung kos operasinya lagi.

Malah, dikhabarkan juga bahawa kursus Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan yang ditawarkan di kampus Muadzam Shah turut sama ditawarkan di kampus Bangi bermula akhir tahun lalu yang secara jelas mereka cuba memindahkan kursus-kursus yang ada di Muadzam Shah ke Bangi secara perlahan-lahan sehinggalah tiada lagi pelajar yang ditawarkan belajar di kampus ini menyebabkan kampus Muadzam Shah ini terpaksa ditutup.

Oleh itu isu penutupan UNITEN Muadzam Shah ini bukanlah satu isu baru tetapi ia dilihat seolah-oleh telah lama dirancang tetapi digagalkan oleh banyak pihak termasuklah Kerajaan Negeri.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Menteri Besar Pahang baru-baru ini, UNITEN harus mengkaji semula usaha penutupan kampus Muadzam Shah ini untuk kebaikan semua pihak.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow