GERAKAN desak PN kecam Tun M, PN ada kerandut kah?
Presiden parti GERAKAN Senator Dominic Lau yang merupakan parti dalam gabungan Perikatan Nasional kali ini akan menguji samada PN akan mengecam kenyataan Tun M yang di sifatkan sebagai menyinggung perasaan kaum lain.
Bercakap dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV, Mahathir berkata masyarakat India tidak setia sepenuhnya dan masih terikat dengan negara asal serta tidak bertutur dalam bahasa Malaysia telah mendapat mengundang rasa tidak berpuasahati ramai pihak. Pada Pilihan Raya Kecil Pulai pada tahun lalu,Mahathir menyatakan parti politik yang dipimpin oleh orang bukan Melayu adalah parti pendatang turut menimbulkan kontroversi.
Tun M yang dilantik sebagai penasihat kepada empat kerajaan negeri pimpinan PN itu secara terbuka menganggap rakyat Malaysia yang bukan Melayu tidak mempunyai kesetiaan penuh kepada negara ini.
Adakah pemimpin PN seperti Hadi Awang selaku Presiden PAS dan Muhyidin Yasin Presiden Bersatu akan menerima desakan Dominic Lau Presiden Gerakan supaya PN mengecam kenyataan yang di buat oleh Tun M? Adakah Hadi Awang akan mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun M yang mendakwa kaum India di Malaysia tidak setia kepada negara ?
Apakah pendirian Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang majoritinya dianggotai oleh masyarakat India yang merupakan sekutu PAS? Kita akan lihat bagaimana Hadi Awang bersilat dan mencari dalil atau diam dan kelu seribu bahasa. Hebat betul Tun M sebagai penasihat kepada SG4 Negeri Negeri di bawah Perikatan Nasional seolah olah tidak lagi memerlukan sokongan bukan Melayu bagi merealisasikan impian PN menguasai Putrajaya.
Ketika pemimpin PAS dan Bersatu semakin kuat memainkan sentimen agama dan perkauman sempit, pemimpin Gerakan dan DHPP menjadi bisu. Tetapi kali ini, PAS dan Bersatu akan berhadapan dengan kritikan dari parti gabungannya Gerakan sekiranya PN tidak mengecam kenyataan Tun M.
Itupun jika Hadi Awang dan Muhyidin Yasin ada kerandut setuju untuk mengecam Tun M. Jika tidak, sahlah parti Gerakan hanyalah Badut politik dalam gabungan Perikatan Nasional.
Apa Reaksi Anda?











