Islam di Pahang : Lihat dengan mata helang
Kehadiran 36 imam dari Negara China ke Pahang untuk melihat amalan dan pengurusan di Negeri Pahang wajar dilihat sebagai satu pengiktirafan dunia luar. Tentu sekali kehadiran delegasi ini memilih Pahang kerana tertarik dan ingin melihat sendiri amalan serta pengurusan agama Islam di Pahang.
Mereka sempat menunaikan solat Zohor di Masjid Sultan Ahmad Shah Bentong selepas program lawatan ke The Bentong Farm. Kunjungan mereka dadalah dengan kerjasama Islam Tourism Centre (ITC) dan Tourism Pahang dalam program Fam Trip : Discover Muslim - Friendly Malaysia.
Apa yang penting selain pengiktirafan dunia luar terhadap perkembangan , amalan dan urustadbir agama Islam di Pahang ialah kefahaman rakyat tempatan. Penerimaan dunia luar yang dapat melihat dengan mata helang bahawa Kerajaan Negeri Pahang menjadi rujukan bagaimana Islam di urutadbir di sebuah negeri yang mempunyai pelbagai kaum , agama dan latar budaya yang pelbagai.
Rakyat Pahang terutamanya jangan mudah terpengaruh dengan propaganda Islam terancam yang dijadikan modal politik PAS dan Bersatu.
Kerajaan Pahang semenjak merdeka hingga kini telah berjaya meletakkan agama Islam sebagai teras dalam sistem pentadbiran selain meningkatkan syiar Islam di Pahang.
Pahang merupakan negeri yang tegas dalam menguatkuasakan undang-undang Islam dengan mewartakan enakmen berkaitan murtad, wakaf, tarekat bagi memelihara akidah umat Islam di negeri ini. Sebanyak RM311.83 juta diperuntukan bagi memastikan syiar Islam di Negeri Pahang kekal utuh melalui jabatan serta pelbagai program pada tahun ini. Kerajaan Negeri telah memperuntukan RM162.53 juta kepada institusi agama Islam di negeri ini.
Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Fadzli Mohamad Kamal bersama pelancong sempena Pengenalan Pelancong Mesra Muslim dari China menunaikan solat zohor berjemaah di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Bentong
Sebanyak 24 Maahad Tahfiz sudah di bina di Pahang selain Universiti Islam Sultan Ahmad Shah yang menyediakan pendidikan Islam kepada rakyat di Pahang serta pertambahan kuota pelajar ke Universiti Al Azhar yang sentiasa dipertingkatkan saban tahun.
Lihatlah dengan mata helang , jangan biarkan mata hanya terpukau dengan ceramah politik PAS dan Bersatu yang menjadikan agama sebagai tunggangan politik sebaliknya menilai siapakah yang sebenarnya meletakkan Islam di Pahang pada kedudukan yang dipandang tinggi dan diiktiraf oleh dunia luar.
Kredit pic : Pahang Media
Apa Reaksi Anda?











