SOROK MINYAK MASAK: ANAK HAMZAH GAGAL PERMOHONAN REPRESENTASI

Oleh : ANAK CILI
November 1, 2023 - 17:00 MYT
SOROK MINYAK MASAK: ANAK HAMZAH GAGAL PERMOHONAN REPRESENTASI

Di tengah hingar bingar rakyat sentiasa berbicara tentang kenaikan kos sara hidup , masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kesulitan rakyat. Mana mana kerajaan sekalipun akan cuba meringankan beban yang ditanggung rakyat namun hasrat ini tidak mungkin dapat di capai jika ada musang yang berbulu ayam.

Minyak masak adalah keperluan rakyat yang telah diberikan subsidi oleh kerajaan tapi tindakan segelintir yang cuba mengaut keuntungan mudah yang melanggar undang undang harus dikenakan tindakan tegas supaya menjadi pengajaran kepada orang lain.

Rakyat masih menunggu keputusan perbicaraan Muhammad Faisal Hamzah ,39, tahun yang didakwa di mahkamah mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dua tahun lalu. Permohonan representasi beliau telah ditolak oleh mahkamah hari ini di Mahkamah Sesyen Seremban.

Muhammad Faisal Hamzah merupakan anak Hamzah Zainudin Ketua pembangkang di Parlimen yang juga Ahli Parlimen PN Larut dari parti Bersatu.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan pada 5 Jun, 7, 14, 21, dan 28 Ogos 2024 dengan memanggil 15 saksi untuk memberikan keterangan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22(4) akta sama dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Paling tidak beliau berani menghadapi pertuduhan di mahkamah dan tidak menyorokkan diri sekalipun dituduh sorok minyak masak berbanding anak abah yang lain menyorokkan diri dan tak muncul muncul bagi menghadapi siasatan berhubung penyelewengan Dana Jana Wibawa.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow