WAN FAYHSAL ‘DAH LEBIH HAMAS DARI HAMAS’

Oleh : BARD
Oktober 6, 2025 - 20:09 MYT
WAN FAYHSAL ‘DAH LEBIH HAMAS DARI HAMAS’

Kementerian Luar hari ini menepuk dahi dengan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya tidak menjadi hero dengan terus menekan Putrajaya membatalkan jemputan Malaysia kepada Presiden AS Donald Trump ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur.

Dengan nada paling lembut Wisma Putra mengingatkan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal: “Jangan jadi lebih Hamas daripada Hamas.” Ayatnya pendek, tapi maksudnya dalam, cukup untuk menyindir kebiasaan politikus pembangkang yang suka menunjuk diri paling prihatin terhadap Palestin, walhal kefahaman mereka tentang dasar luar Malaysia hanyalah di kulit.

Dalam isu jemputan Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, kerajaan hanya menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN untuk menjemput semua rakan dialog termasuk AS. 

Tujuannya jelas: membawa mesej Gaza terus kepada Trump sendiri. Tapi bagi Machang dan geng lebai dalam PN, semua yang nampak ada unsur Amerika, terus dicop kafir, zionis, dan musuh Islam. Ironinya, Hamas sendiri pun terbuka dengan pelan damai yang Trump cadangkan, tapi lebai-lebai Malaysia ini lebih semangat daripada pejuang sebenar di Gaza.

Inilah simptom politik PAS–PN, semua benda mahu ditunggang atas nama Islam, walaupun tanpa isi dan strategi. Bila kerajaan bercakap tentang diplomasi, mereka menjerit “pengkhianat”. Bila kerajaan hulur bantuan, mereka kata “tunjuk baik”. Akhirnya mereka cuma pandai bermain sentimen Palestin untuk meraih simpati, padahal yang paling banyak mereka perjuangkan hanyalah “like” dan “share” di media sosial.

Malaysia tidak perlu lebai yang “lebih Hamas daripada Hamas”. Kita perlukan pemimpin yang faham erti hikmah, bukan yang menjadikan isu Gaza sebagai pentas menunjuk kealiman politik.

Jelas, pemimpin pembangkang suka menunggang isu demi kepentingan politik mereka, melakukan sentimen jahat agar umat Melayu dan Islam marah kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow