38 ORANG TERIMA CEK SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI PAHANG
Kerajaan Negeri Pahang sentiasa cakna dan komited dalam membantu rakyat yang memerlukan bantuan.
Pagi tadi sebelum memulakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) seramai 38 orang telah menerima cek sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang.
Cek yang melibatkan peruntukan keseluruhannya RM649,030 itu telah disampaikan sendiri oleh YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang pagi tadi.
Antara penerima-penerima cek berkenaan ialah untuk bantuan perubatan, bantuan pendidikan, bantuan baikpulih rumah, bantuan untuk aktiviti- aktiviti JKKK dan aktiviti NGO serta program-program belia.
Semoga bantuan yang disampaikan itu sedikit sebanyak dapat membantu penerima-penerima dalam kehidupan seharian mereka.
“Tiada Janji, Lihat Bukti”
Apa Reaksi Anda?











