5 ADUN Lantikan : PAS bagai rumah siap pahat berbunyi

Oleh : ANAK CILI
Mei 14, 2024 - 11:32 MYT
5 ADUN Lantikan : PAS bagai rumah siap pahat berbunyi
Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka selaku ketua pembangkang menyatakan bantahan dengan alasan peruntukan besar diperlukan dengan perlantikan 5 ADUN lantikan oleh Kerajaan Negeri Pahang

Sudah menjadi kelaziman apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan ditentang oleh pembangkang.

Perlantikan 5 orang ADUN di lantik oleh YAB Menteri Besar Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyebabkan pemimpin PAS Pahang kepanasan.

Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka selaku ketua pembangkang menyatakan bantahan dengan alasan peruntukan besar diperlukan dengan perlantikan 5 ADUN lantikan oleh Kerajaan Negeri Pahang manakala ADUN Beserah Andasura Rabu menyatakan ia tidak di wakili oleh golongan profesional, etnik atau NGO sebaliknya dipilih dikalangan orang politik.

Berapa perkara boleh menjawab hujah Tuan Ibrahim Tuan Man ADUN Cheka dan Andasura Rabu ADUN Beserah mewakili pembangkang di Sidang DUN Pahang antaranya: -

1. Jika PAS bersama BN dalam Muafakat Nasional, adakah PAS bersetuju dengan ADUN Lantikan sebagaimana mereka bersetuju ketika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada 20 Nov 2020? Tetapi kini setelah berada di pihak pembangkang mereka tidak bersetuju.

2. Perlantikan ADUN Lantikan adalah mengikut kehendak Undang Undang Tubuh kerajaan negeri dan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri selaku badan perundangan negeri. Tiada klausa enakmen yang menyatakan larangan lantikan di kalangan ahli politik.

3. ADUN Lantikan bukanlah perkara baru dalam Dewan Undangan Negeri malahan ia dipraktikkan oleh PAS di Terengganu yang turut melantik ADUN di kalangan ahli politik terutama untuk menjaga pengundi wanita yang tidak berada sebagai wakil rakyat di DUN Terengganu. Sabah juga melantik ADUN Lantikan.

4. Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan jumlah kerusi ini adalah tidak praktikal kerana jumlahnya genap. Kemungkinan berlaku ketidakstabilan samada dalam meluluskan RUU yang di bentangkan undian berakhir dengan 21-21. Samada di tambah 1 atau 3 atau 5 akan menyelesaikan sebarang kebuntuan.

5. Kerajaan Negeri mengambil masa dua tahun selepas ADUN Lantikan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang pada tahun 2020. Ini menunjukkan sikap berhati-hati, kajian dan implikasi kewangan berdasarkan prestasi kewangan Kerajaan serta melihat keperluan. Persoalan yang dibangkitkan oleh pembangkang bahawa ianya melibatkan peruntukan yang besar tidak tepat memandangkan Kerajaaan Negeri telah membuktikan prestasi kewangan mencapai kutipan hasil melebihi RM 1 bilion selama dua tahun berturut-turut.

6. Soal samada di kalangan profesional tidak timbul kerana 4 orang daripada mereka yang dipertikaikan oleh PAS sekalipun mereka ahli politik tetapi terlebih dahulu telah berjaya dalam kerjaya dan  mempunyai profesion  yang memberikan nilai tambah. Kombinasi pengalaman, profesion dan keterlibatan dalam kerja-kerja kemasyarakatan adunan yang baik untuk berkhidmat kepada negeri dan masyarakat.

7. Jika profesional ditakrifkan berdasarkan kerjaya, adakah pemimpin politik tidak diiktiraf sebagai kerjaya? Ramai ahli politik yang bekerja sebagai profesional atau bergelar profesional. 

8. Apakah akan terjadi jika mereka yang profesional tetapi menjadi ahli parti, ada 3.5 juta ahli UMNO dan tidak munasabah menafikan hak ahli sesebuah parti untuk di lantik sebagai adun lantikan hanya semata-mata mereka ahli politik. 

Tafsiran orang politik sangat subjektif dan pengasingan secara selektif adalah sukar kerana tafsiran ahli politik sangat luas. 

Merriam-Webster mendefinisikan ahli politik sebagai orang yang berpengalaman dalam seni atau sains pentadbiran, terutamanya mereka yang terlibat secara aktif dalam melaksanakan urusan kerajaan.

Seolah-olah tiada pembaziran di lakukan oleh negeri yang ditadbir oleh PAS seperti menukar kereta Mercedez Benz Menteri Besar dan Exco Kelantan  yang menelan belanja RM3.5 juta dan tidak pula di tangguh seolah olah negeri Kelantan yang ditadbir PAS mempunyai kewangan yang sangat kukuh. Pahang telah membuktikan prestasi meningkatkan hasil negeri melebihi RM 1 bilion dua tahun berturut-turut. Jadi apa masalahnya?

Sudah 2 tahun berlalu selepas dipersetujui oleh PAS dalam Sidang DUN Pahang meluluskan ADUN Lantikan dengan meminda Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Tapi kini rumah sudah siap pahat berbunyi.

PEDAS BERAPI
ANAK CILI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow