70 maut peluru berpandu Israel serang kem Al-Maghazi

Oleh : PAHANGKU
Disember 25, 2023 - 18:15 MYT
70 maut peluru berpandu Israel serang kem Al-Maghazi
Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin mengangkut sejumlah besar yang terkorban dan cedera susulan serangan Israel ke atas kediaman di kem pelarian Al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad. - Foto PRCS

SEKURANG-kurangnya 70 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas kediaman di kem pelarian Al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza, pada Ahad.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Ashraf Al-Qidra, tentera Zionis sengaja menyasarkan Al-Maghazi, sambil menambah kebanyakan mangsa merupakan wanita dan kanak-kanak.

Video pasukan Bulan Sabit Merah Palestin menunjukkan mangsa yang cedera akibat serangan peluru berpandu dibawa ke hospital.

Pesawat tentera Israel juga bertindak mengebom jalan utama di antara bandar Gaza, yang menghalang laluan ambulans dan kenderaan kecemasan.

Sejak gencatan senjata selama seminggu tamat pada awal bulan Disember, tiada tanda-tanda gencatan senjata seterusnya akan dijalankan.

Malah pertempuran hanya menjadi lebih sengit, dengan perang merebak dari utara Semenanjung Gaza ke seluruh Gaza yang padat dengan penduduk.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow