ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan - Pahangku Media

ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan

Oleh : BARD
Januari 25, 2024 - 09:24 MYT
ABIM, 58 NGO serah memorandum nyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama 58 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum 'Rakyat Mahu Kerajaan Stabil' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan padu terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau.
Memorandum itu diserahkan oleh Timbalan Presiden ABIM, Mohammad Fazril Mohd Saleh kepada Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di sini pada Rabu.

Setiausaha Agung ABIM, Aliemran Norashid berkata, mereka mahu kerajaan yang dibentuk atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diberi peluang memimpin negara sehingga tamat penggal.

"Hari ini kami menyerahkan Memorandum Rakyat untuk menyatakan sokongan dan kebersamaan bersama kerajaan sedia ada bahawa kami sebagai rakyat mahu kerajaan ini terus stabil seterusnya mendatangkan kemakmuran kepada negara dalam aspek ekonomi, perpaduan dan keseluruhannya.
"Kami mahu kerajaan sedia ada yang dipilih secara sah memimpin negara dalam tempoh lima tahun ini tanpa diganggu agenda di luar undang-undang atau Pilihan Raya Umum seperti tebuk atap dan pintu belakang," katanya kepada pemberita sambil menambah memorandum itu juga dihantar melalui e-mel kepada Ahli Parlimen.
Ia turut mencadangkan mekanisme perundangan yang dapat mengekalkan pentadbiran kerajaan dipilih rakyat sehingga tamat penggal seperti penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap diwujudkan.
Sumber
Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow

Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami.