AHLI PARLIMEN BERSATU DAN GELEGAR BULOH

Oleh : ANAK CILI
November 2, 2023 - 11:38 MYT
AHLI PARLIMEN BERSATU DAN GELEGAR BULOH

Ketika rakyat tertumpu kepada Persidangan Dewan Rakyat menyaksikan 222 Ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2024 terdapat dikalangan mereka sebenarnya tidak layak untuk duduk dikerusi Parlimen.

Apatah lagi kemunculan kali pertama mereka yang diharapkan memberikan manfaat kepada rakyat diwakili di kawasan masing masing dengan menyuarakan pandangan dan berbahas secara matang , bernas serta membina.

Parti Bersatu dilihat tenggelam dalam usaha menampilkan ketokohan pemimpin dengan idealisme yang kononnya ingin menggantikan UMNO yang telah menunjukkan kebolehan mentadbir dan membina landskap politik sejak lebih enam puluh tahun.

Apa yang ingin di banggakan dengan tindakan seksis Ahli Parlimen Bersatu Langkawi yang juga Ketua Bersatu Kedah Mohd Suhaimi Abdullah terhadapa Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang ingin melihat beliau datang ke Langkawi tanpa pakaian?

Ada banyak perkara lain yang boleh suarakan bagi kepentingan rakyat Langkawi terutama sektor pelancongan yang dilihat semakin merudum di pulau lagenda tersebut bukan merapu dalam usia senja.

Sindrom merapu itu juga berjangkit kepada Ahli Parlimen Ketereh dari parti Bersatu Khlir Md Nor  yang terbawa bawa imej tentera dalam Dewan Rakyat dengan meninggikan suara dan memarahi ahli Parlimen lain yang tertawa dengan lelucon yang dibawa oleh beliau.

Apa keperluan menunjuk nunjuk sifat ketegasan dengan cara menengking tidak tentu hala seolah olah ahli Parlimen lain terutama di pihak kerajaan sebagai anggota tentera bawahan beliau sewaktu dalam perkhidmatan tentera. Bersuara dengan nada tinggi bukan tanda aras layak di gelar pemimpin.

Apabila di tempelak oleh Menteri Pertahanan dengan quote “don’t raise your voice, improve your argument “beliau terpinga pinga dan memperlihatkan bahawa rakyat Ketereh tersilap memilih pemimpin  dari Bersatu .

Rakyat perlukan pemimpin yang boleh melakukan tindakan selari dengan kata kata bukan hanya  berucap bagaikan gelegar buluh.

Kosong.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow