Ahli Parlimen Hulu Terengganu Tidak Percaya Rukun Iman Ke-6?

Oleh : BARD
November 27, 2025 - 16:30 MYT
Ahli Parlimen Hulu Terengganu Tidak Percaya Rukun Iman Ke-6?

celupar Ahli Parlimen Hulu Terengganu, YB Rosol Wahid yang mengaitkan letusan gunung berapi di Ethiopia dengan kehadiran Perdana Menteri bukan sahaja dangkal, tetapi mendedahkan gaya pemikiran pelik yang sering menjadi “modal politik” PAS selama ini.  

Bila tak ada fakta, bila tak ada hujah, taburlah unsur superstisi kononnya ada bala turun bila Perdana Menteri hadir.

Hairannya, golongan yang kononnya paling lantang bercakap soal qada’ dan qadar, takdir Allah, ketentuan Ilahi, akhirnya merekalah yang paling mudah percaya kepada naratif tak ilmiah dan kepercayaan khurafat. Bila berlaku fenomena alam, bukannya kembali kepada ilmu, data, atau ketentuan Tuhan, tetapi dituduh pada manusia kerana kebencian politik yang tebal.

Inilah masalahnya apabila politik mengatasi aqidah sendiri. PAS sibuk mendakwa orang lain tak Islamik, tak bertaqwa, tapi pemimpin mereka sendiri tanpa segan silu mengaitkan letusan gunung berapi yang berlaku hasil pergerakan tektonik bumi dengan kehadiran seorang Perdana Menteri yang mereka tak suka.

Soalan mudah:
Di mana hilangnya keyakinan pada qada’ dan qadar yang selama ini mereka dakwa paling mereka perjuangkan?

Kalau benar percaya pada ketentuan Allah, mengapa fenomena alam dijadikan alat serangan politik murahan? Kalau benar teguh akidah, mengapa begitu cepat menuduh sesama manusia membawa malapetaka sedangkan semua berlaku atas sunnatullah?

Hakikatnya, kenyataan seperti ini bukan sekadar memalukan, tetapi memperlihatkan bagaimana PAS semakin hanyut dalam politik kebencian sehingga apa sahaja boleh dijadikan modal walaupun sekadar bahan lawak yang langsung tak cerdik.

Lebih parah, kenyataan sebegini menonjolkan satu perkara, PAS lebih percaya teori pelik ciptaan mereka sendiri berbanding qada’ dan qadar yang sebenar.

Dan kalau pemimpin mereka pun sudah sebegini tahap pemikirannya, layakkah parti ini diangkat sebagai parti yang mahu memimpin negara?
Rakyat semakin melihatPAS hari ini bukan membawa pencerahan, tetapi membawa kegelapan minda.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow