Akan ada lagi ahli parlimen sokong PMX
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mendedahkan akan ada lagi ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang bakal menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa, tujuh hingga lapan orang ahli Parlimen berkenaan akan melakukan tindakan tersebut dalam masa terdekat.
Ditanya sama ada mereka terdiri daripada ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas, beliau hanya meminta untuk 'menunggu' pengumuman daripada individu terlibat.
"Sekarang ada tujuh hingga lapan orang. Tunggu masa akan ada pengumuman, dalam masa terdekat.
"(Ahli Parlimen) dari beberapa negeri, kerana semua mereka dari kawasan Melayu," katanya dalam satu sidang akhbar pada Isnin.
Apa Reaksi Anda?











