Angka korban rakyat Palestin melebihi 20,000 akibat serangan Israel

Oleh : PAHANGKU
Disember 21, 2023 - 11:37 MYT
Angka korban rakyat Palestin melebihi 20,000 akibat serangan Israel
Jumlah korban mungkin lebih tinggi kerana beribu-ribu orang masih hilang dan tertimbus di bawah runtuhan yang musnah dibedil Zionis. - Foto AP

GAZA: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu kini mencecah 20,000 mangsa.

Pejabat media kerajaan Palestin dalam satu kenyataan menambah, mangsa yang syahid terdiri daripada 8,000 kanak-kanak dan 6,200 wanita.

Selain itu sejumlah 310 kakitangan perubatan, 35 anggota pertahanan awam dan 97 wartawan juga terbunuh dalam serangan kejam Israel.

Laporan tersebut turut menyebut lebih 52,000 orang cedera, manakala 6,700 yang lain hilang.

Dalam pada itu amaran dikeluarkan organisasi antarabangsa turut menyebut jumlah korban sebenarnya mungkin lebih tinggi daripada yang dilaporkan.

Ini kerana beribu-ribu orang masih hilang dan tertimbus di bawah runtuhan yang musnah dibedil Zionis.

Potensi kematian yang lebih tinggi juga disumbang berikutan kanak-kanak kecil semakin menderita kebuluran dan mengalami penyakit yang teruk tanpa sebarang rawatan. - SUMBER

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow