Antara pemimpin kuyup berhujan menyantuni rakyat dan yang berhibur sampai ke pagi

Oleh : ANAK CILI
Disember 25, 2023 - 23:28 MYT

Seringkali kita mendengarkan kata orang biarlah gambar berbicara dan boleh mengisahkan seribu cerita. Gambar mengimbau kenangan, mencetus emosi , meransang naluri mahupun boleh menimbulkan persepsi. Cuma ramai yang terperangkap dengan rasa yang dibungkus oleh sentimen agama.

Pemimpin akan bertarung wibawa untuk merebut jantung kuasa. Ada yang hanya bersandiwara  dan menyajikan seloka untuk rakyat lena dalam ketawa dengan jenaka yang akhirnya menangis kerana bangsanya tidak lagi mempunyai apa apa.

Di utara ada seorang pemimpin yang jangan di bicarakan cacat celanya. Carut adalah pujian, biar derhaka tapi popular dan makian adalah peradaban yang menjadi imej untuk dibanggakan. “MB kami sempoi”.. Beliau tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh bekas Setiausaha Politik dan Bekas Pegawai Kanan MBI terpalit dakwaan rasuah. Itu semua pendakwaan politik.

Beliau boleh sahaja menyanyi di tengah malam , kerana ianya memang cara pemimpin Islam menyebarkan kebaikan agama Islam yang syumul.

Cuma apalah kiranya anugerahkan  mata yang tidak sepet, akal yang waras , telinga yang tajam agar segala deria itu dapat membezakan antara pemimpin yang sanggup kuyup berhujan menyantuni rakyat berbanding seorang pemimpin yang ” lagha” menyantuni seorang wanita cantik sambil mengalunkan suara mendayu di tengah malam di bawah sinaran lampu minyak tanah.

Ohh..ya.. ! jangan ada yang cemburu membabi buta.

Tapi sedang rebung eloklah di patah, jadi buluh melepuh jari. Takkan tidak kenal antara intan dan kaca. Sempoi…

#pedasberapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow