Amaran hujan lebat sehingga 27 Disember

Oleh : ANAK CILI
Disember 25, 2023 - 20:41 MYT
Amaran hujan lebat sehingga 27 Disember
Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada dengan keselamatan diri di musim tengkujuh

Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga 27 Disember 2023. Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur dan utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan. Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.

MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Bahaya, Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, dan Perak berkuat kuasa sehingga 26 Disember 2023 serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora berkuat kuasa sehingga 27 Disember 2023.

sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow