PAS ucap Selamat Hari Krismas : Bila haram jadi haramjadah
Terbaharu Seiausaha Agung PAS Takiyudin Hasan dalam posting di media sosialnya PAS mengucapkan SelamatHari Krismas . Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata pelbagai acara keagamaan dan kebudayaan yang disambut di negara ini adalah "manifestasi keunggulan sikap lunak, bertoleransi dan saling menghormati sesama kita yang kukuh terjalin sejak sekian lama.
Bagi rakyat Malaysia atau pengundi muda yang baru sahaja mengundi pada PRU ke 15 serta PRN baru baru ini barangkali tidak mengetahui polemik ucapan Krismas ini pernah menjadi perbahasan yang hangat suatu ketika dahulu.
PAS pernah menyifatkan tidak boleh atau haram untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas oleh penganut Agama Islam kepada penganut agama Kristian kerana ia boleh menjejaskan aqidah. Ketika itu soal kepelbagaian acara agama dan kebudayaan tidak pernah ada dalam kamus perjuangan PAS.
Cuma selepas menyertai Kerajaan melalui Langkah Sheraton , secara tiba tiba fatwa PAS berubah sekelip mata . Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri dari PAS telah memuatnaik posting Selamat Hari Krismas.
Pada suatu ketika rakyat diajak bergulat antara halal atau haram dan dunia media sosial bercempera dengan respon netizen . Ianya digendang gendangkan oleh parti yang kononnya membawa ajaran Islam tentang aqidah umat Islam yang terpesong hanya dengan ucapan Selamat Hari Krismas.
Tetapi kelantangan tentang haram itu tiba tiba terbisu dan bungkam malahan kembali menjadi lunak dengan ucapan Selamat hari Krismas oleh pemimpin PAS yang berada dalam Kerajaan pimpinan Muhyidin Yasin.
Hukum haram boleh berubah ubah menjadi halal toyyiban mengikut selera parti PAS. Rakyat terutama golongan muda perlu menilai dengan akal yang waras istilah haram dan siapakah yang haramjadah yang menunggang agama demi kepentingan politik.
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











