Antara Salahguna Agama, Kemasyuran Dan Dadah
Apa sahaja yang disalahguna akan memberikan kesan kepada masyarakat dan kehidupan. Salah guna dadah, salah guna kemasyuran di media sosial , malahan lebih memburukkan salah guna agama untuk kepentingan politik.
Sebagaimana yang tular di media sosial mengenai penahanan enam orang suspek termasuk sepasang suami isteri yang memiliki pil kuda bernilai RM5.04 juta di Pasir Mas, Kelantan. Ini bukanlah angka yang kecil, malah cukup besar untuk merosakkan ribuan rakyat di negara ini. Apa yang lebih membimbangkan, kesemua suspek berumur antara lingkungan 25 hingga 39 tahun. Usia yang masih muda dan sepatutnya sedang membina masa depan demi negara. Boleh baca laporan penuh di sini, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/07/1415415/suami-isteri-antara-6-suspek-ditahan-miliki-pil-kuda-rm504-juta.
Namun sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, YB Wan Rahimi Wan Daud dalam sidang DUN secara terbuka mempertikaikan kenyataan Ketua Polis Negeri. Beliau mendakwa kenyataan yang dibuat oleh pihak polis ‘kosong’ dan sekadar memberikan bayangan tanpa sebarang tangkapan. Katanya, penjawat awam seperti Ketua Polis sepatutnya lebih berdisiplin dalam penyampaian data.
Rujuk kenyataan ADUN Melor di sini, https://www.utusan.com.my/berita/2025/04/perdana-menteri-pun-ditegur-inikan-pula-ketua-polis-kelantan-adun-melor/?utm_source=chatgpt.com#google_vignette.
Ironinya, selepas kejayaan besar ini, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sendiri merakamkan penghargaan kepada pihak polis atas kejayaan menumpaskan sindiket dadah di negeri itu. Boleh baca di sini, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1415970/kelantan-hargai-kejayaan-polis-tumpas-sindiket-edar-dadah?source=widget .
Oleh itu, kenyataan ADUN Melor yang ‘membalun’ polis kelihatan tidak wajar, malah memalukan. Polis tahu cara buat kerja. Apa yang mereka perlukan ialah sokongan, bukan sindiran politik.
Lebih penting, kita tidak mahu budaya dan cara fikir sempit seperti ini dibawa masuk ke negeri Pahang. Jika terpedaya dengan slogan "PAS Teraju Pahang", rosaklah akhlak anak muda di sini sebagaimana apa yang sedang berlaku di Kelantan.
Tiga dekad PAS memerintah, namun masalah sosial semakin membarah. Islam sebagai cara hidup versi PAS ternyata gagal membendung gejala dadah, zina, dan keruntuhan nilai generasi muda. Cukuplah Kelantan menjadi bukti. Jangan biar Pahang pula menyusul.
Nukilan
Dya Nuhaa
Mewangi Tapi Berduri
Apa Reaksi Anda?











