PAS Serang Penjawat Awam Pahang

Oleh : BARD
Disember 2, 2025 - 16:09 MYT
PAS Serang Penjawat Awam Pahang

Fecebook Pemuda Pas Pahang hari ini telah memuatnaik satu posting 5/12/2025, Sidang Dun Pahang akan membentangkan dan membahaskan Belanjawan Pahang 2026… Cuma Admin nak bertanya mengenai RM 1.08 juta yang disedbut dalam LKAN 3/2025, betul ke ada salah guna…”

Nada soalan sengaja dibuat seolah-olah wujud salah guna besar yang cuba disembunyikan sedangkan jawapan, penjelasan dan tindakan oleh Majlis Bandaraya Kuantaan (MBK) sudah termaktub dalam laporan audit yang sama.

Dalam laporan yang dikemukakan oleh MBK kepada Audit Negara pada 18 Julai 2025, MBK menjalaskan bahawa punca kepada ketidakpatuhan adalah disebabkan keperluan mendesak untuk kerja-kerja penyelerangaan yang dilaksanakan bagi menjamin keselemataan dan kelancaran pergerakan awam dan pengindahan kawasan.

Selain itu, MBK menjelaskan matlamat utama projek ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan-kawasan tumpuan dan tarikan pelancong berhampiran pantai. Item pembinaan hardscape bernilai RM78,988 dibina berdasarkan kesesuaian di tapak dan mengambil kira faktor keselamatan pengunjung berikutan terdapat perbezaan paras permukaan tanah kerana terdapat outlet bersaiz tiga meter tinggi disamping menjadi tarikan baru kepada pengunjung.

Pemuda Pas ini cuba mengambil kesempatan menimbulkan persepsi buruk kepada penjawat awam menggunakan laporan audit sedangkan laporan audit turut mengandungi jawapan kepada masalah yang timbul.

Serangan Pemuda PAS ini sebenarnya bukan mengenai angka RM1.08 juta pun. Ia adalah serangan kepada wibawa dan integriti penjawat awam, yang setiap hari bekerja memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar. PAS sengaja mahu menggambarkan seolah-olah kakitangan kerajaan Pahang cuai, boros atau tidak amanah sedangkan mereka inilah yang memastikan projek, perbelanjaan dan urus tadbir sentiasa dipantau dan diperbetulkan mengikut tatacara.

Mereka sengaja mengeruhkan keadaan dengan membiarkan netizen mencemuh penjawat awam Pahang dengan tuduhan seperti makan rasuah dan salah guna kuasa sedangkan laporan audit tidak menyatakan sebarang salah laku.

Lebih kelakar, PAS sendiri terkenal dengan rekod pengurusan negeri seperti tebing runtuh, pembalakan huru-hara, gaji guru PASTI tertunggak, audit negeri sendiri pun tidak pernah dijadikan iktibar. Tetapi hari ini mereka tiba-tiba berpura-pura menjadi “pejuang integriti”.

Penjawat awam Pahang tidak wajar menjadi mangsa serangan politik sebegini. Jika PAS benar-benar berminat pada ketelusan, mereka patut membaca laporan audit itu sampai habis  bukan sekadar memetik tajuk untuk meraih ‘like’ di Facebook.

Belanjawan Pahang 2026 akan dibentang dan dibahas secara telus, profesional dan terbuka oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail pada Jumaat ini, tetapi PAS nampaknya lebih berminat menanam keraguan daripada menyumbang idea.

Inilah gaya politik lama PAS baca separuh, sebarkan separuh, pusing isu penuh untuk mencetuskan syak wasangka terhadap penjawat awam Pahang. Tujuannya mudah untuk menanam keraguan rakyat menjelang pembentangan Belanjawan Pahang 2026.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow