"Air Liur Jadi Modal, Rakyat Jadi Mangsa, PAS Pahang Terus Menipu"

Oleh : BARD
Julai 8, 2025 - 14:00 MYT
"Air Liur Jadi Modal, Rakyat Jadi Mangsa, PAS Pahang Terus Menipu"

Pas Pahang masih terus selesa melakonkan watak suci untuk mengamburi pengundi-pengundi demi  untuk merampas kerajaan negeri Pahang dari UMNO. Pelbagai naratif dijaja di pentas-pentas ceramah mereka bagi menampakkan keburukkan  UMNO, kelemahan Menteri Besar, dasar, inisiatif yang dirancang oleh kerajaan negeri Pahang.

Mereka hanya pandai menunggang isu seperti mereka menunggang agama demi langkah politik masa depan mereka. Apa yang tidak ditunggang oleh mereka, isu air misalnya, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mempotretkan diri sebagai hero yang menyelesaikan pengstrukturan semua industri perkhidmatan bekalan air di Pahang ketika menjadi Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Sungguh tidak malu mereka, Tuan Ibrahim sanggup menipu kononnya beliau menyelesaikan pembayaran hapus kira hutang BALB RM2.1 bilion. Tidak malukah Tuan Ibrahim, usaha awal yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail pada tahun 2018 dengan angkuhnya mengatakan beliaulah individu utama yang menyelesaikan masalah hutang air Pahang kepada kerajaan pusat.

Seperti biasa, penyokong mereka yang taksub kepada pemimpin terus menelan penipuan Tuan Ibrahim sambil melaungkan takbir. Senang-senang penyokong Pas digetahkan oleh pemimpin mereka.

Itu belum Adun Pas yang menang pada PRU-15 lepas semuanya “Raja Claim”.  Projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri Pahang dikatakan atas hasil usaha mereka. Sekali lagi penyokong mereka diperbodohkan di video-video Tiktok. Contohnya ADN Jengka berkata, pembaikkan jalan-jalan raya yang rosak dan berlubang yang telah diturap kononnya hasil kerjanya. Habis dia amek kredit hasil kerja kerajaan negeri Pahang yang sebenanrnya memohon peruntukan daripada Perdana Menteri untuk membaiki jalan-jalan raya yang rosak di sekitar Pahang.

Rakyat Pahang tidak boleh membiarkan diri ditipu hidup-hidup oleh golongan penunggang agama ini. Mentadbir negeri bukanlah seperti mentadbir persatuan di sekolah, ia memerlukan pengalaman, ilmu, starategi yang baik. Jika Pas berkata mereka mempunyai ciri-ciri itu, kenapa Kelantan yang diperintah oleh mereka selama 30 tahun lebih masih ketinggalan dalam banyak aspek. Kemudahan asas masih ketinggalan, 40,000 rakyat masih  tidak mendapat bekalan air yang bersih, tidak diyakini pelabur, apa yang boleh dibanggakan ialah kes pelacuran, rogol, penjualan dadah (pil kuda) yang tidak dapat dikawal di negeri itu.

Di negeri SG4 yang mereka perintah seperti Perlis, Kedah, Terengganu, mereka hanya menyambung hasil legasi yang dilakukan oleh UMNO/BN sebelum ini. Apa pembangunan terbaru yang boleh dibangga di negeri SG4 selepas mereka merampas dari UMNO? Tidak ada. Yang ada, KDNK negeri-negeri mereka semakin teruk, peluang kerja kurang, ekonomi tidak berkembang dan sebagainya.

Prestasi kerajaan negeri Pahang sekarang cukup cemerlang, dalam 7 tahun pentadbiran Dato’ Sri Wan Rosdy, Pahang kini ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan negeri membangun seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Rakyat Pahang kena akui itu, kejayaan ini bukan datang jika kerajaan hari ini hanya pandai beretorik, pandai menjual air liur di pentas ceramah, pandai berjanji, kejayaan ini datang dengan satu iltizam yang tinggi daripada YAB Menteri Besar dan pasukannya.

Jadi pemimpin Pas ni memang senang, salahkan orang lain jika mereka sendiri gagal. Mereka pandai menutup kelemahan mereka sendiri dengan jubah agama, kerana penyokong mereka senang diperbodohkan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow