AP PAS Jerantut hanya sekadar juara makanan

Oleh : ANAK CILI
Mac 6, 2024 - 17:14 MYT
AP PAS Jerantut hanya sekadar juara makanan
ebagai Ahli Parlimen dari Pahang mewakili Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin rupa rupanya tidak mengetahui bahawa gulai patin tempoyak dan gulai asam rong memang sudah sedia ada dan diperakui sebagai salah satu makanan warisan negara sejak 2009.

Agak malang bagi pengundi di Jerantut Pahang yang memilih Ahli Parlimen dari PAS yang menjadikan Parlimen sebagai platform berpolitik berbanding perkara kemaslahatan masyarakat khususnya di Jerantut.

Isu penyenaraian makanan warisan sengaja dijadikan polemik utk diperdebatkan yang lebih cenderung untuk melebarkan prasangka dikalangan masyarakat berbilang agama bangsa dan budaya seperti Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen dari Pahang mewakili Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin rupa rupanya tidak mengetahui bahawa gulai patin tempoyak dan gulai asam rong memang sudah sedia ada dan diperakui sebagai salah satu makanan warisan negara sejak 2009. Nampak sangat Ahli Parlimen PAS Jerantut malas membaca. Lemah..

Jadi apa keperluan beliau sebagai Ahli Parlimen Jerantut tetap membangkitkan gulai tempoyak patin dan gulai asam rong sebagai makanan warisan di Parlimen ? Tidak lain tidak bukan adalah respon kepada cadangan 10 makanan baru yang disenaraikan oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang mana Ba kut te dijadikan polemik 
Bekas Ketua Penerangan PAS dilihat cuba menjadi juara Melayu , berfikiran jumud dan sempit .

Ada banyak perkara yang boleh di bawa ke Parlimen khususnya untuk kebaikan pengundi di Jerantut dan Pahang bukannya menjadikan gulai tempoyak patin dan gulai asam rong bukannya isu yang perlu diberi keutamaan. 

Jika benar belia cakna akan isu pelancongan kenapa tidak di ketengahkan permasalahan pelancongan di Jerantut di mana  sektor pelancongan di Jerantut adalah produk yang memberikan banyak manfaat kepada penduduk setempat dan negeri Pahang

P/S : Ohh Ya ..lupa..Ahli Parlimen Jerantut dari PAS bukan berasal dari Pahang jadi jati diri orang Pahang tidak akan sebati dalam jiwa beliau. PAS Perak berilah laluan kepada beliau bertanding di negeri kelahirannya bukan menjadi Jerantut sebagai tempat untuk beliau berbulan madu.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow