Demonstrasi Turun Anwar, PN Terdesak, Cari Populariti Murahan
Perikatan Nasional (PN) yang kian merundum momentum sokongannya memilih jalan demonstrasi ala populis sebagai pentas mencari simpati murahan rakyat. Kononnya mahu "turunkan Anwar" yang akan diadakan pada 26 Julai depan.
Dikala kerajaan perpaduan bekerja bagi mempastikan kesejahteraan negara dan rakyat, pembangkang cuba menjatuhkan kerajaan hari ini. Mereka ingin menjadi hero kepada rakyat. Hakikatnya, pembangkang cuba merampas kerajaan ini tanpa melalui proses demokrasi.
Kerajaan perpaduan ini mempunyai lebih 2/3 majoriti. Sangat kukuh. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan.
Anwar hanya boleh dijatuhkan undi tidak percaya di Parlimen bukan melalui demostrasi jalanan. Tetapi apakah pembangkang membawa isu undi tidak percaya pada seisi Parlimen akan datang? Jawapannya tidak, kerana mereka tahu, mereka akan kalah.
Persoalannya, jika Anwar jatuh siapa akan mengantikan beliau? Hj Hadi? Muhyiddin Yassin? Sanusi? Samsuri?
Haji Hadi dan Muhyiddin dengan keadaan mereka yang uzur akibat sakit jantung dan kanser. Sanusi dan Samsuri negeri yang mereka tadbir Kedah dan Terengganu masih ketinggalan banyak aspek. Muhyiddin juga sekarang mempunyai kes di mahkamah, Hamzah Zainuddin anaknya mempunyai kes seleweng subsidi minyak masak. Apa yang kita harapkan dari PN ini? Slogan ‘PN Best’ yang dimainkan pada PRU lepas kini layak letak di lubang jamban sahaja, kerana pemimpin-pemimpin PN juga mempunyai kes-kes integriti yang wajar dipersoalkan.
Jika Pas mengatakan pemimpin-pemimpin mereka bersih, berintegriti, itu hanya penipuan yang nyata. Anak Menteri Besar Perlis dan juga menantu kepada Presiden Pas, Haji Hadi dituduh di mahkamah seksyen Kangar kerana tuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,000 pada tahun lepas.
Sewaktu mereka diberi peluang mentadbir, mereka gagal, bukan sekali, tapi berulang kali. Ekonomi merosot, pelabur lari, integriti hilang, malah darurat pun digunakan untuk kepentingan politik sendiri.
Kini bila hilang kuasa, mereka main sentimen. Mereka bawa anak muda turun ke jalan bukan untuk masa depan, tapi untuk masa depan politik pemimpin tua mereka yang masih tak reda kehilangan Putrajaya.
Di negeri-negeri SG yang mereka tadbir, apa yang jadi? Kelantan tetap mundur, Perlis, Kedah dan Terengganu gagal.
Kalau di Pahang pula, wakil PN sibuk berceramah konon nak ‘terajui’ negeri. Tapi bila ditanya apa perancangan untuk ekonomi Pahang, mereka senyap atau tukar topik.
Beri peluang kerajaan perpaduan ini menjalankan tugasnya sehingga habis penggal. Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kita semua perlu berganding bahu dengan kerajaan. Hentikan politik sempit, perlu berlapang dada. Beri ruang kepada bekerja memperbaiki ekonomi, menarik pelabur dan memperkukuh negara.
Sudah-sudahlah, hentikan politik murahan dan sempit ini. Sudah-sudahlah tunggang isu atas nama rakyat!
Apa Reaksi Anda?











