Pas Parti Hipokrit, Sanggup Sepentas Dengan Pejuang Hapus Keistimewaan Melayu, ICERD

Oleh : BARD
Julai 15, 2025 - 14:00 MYT
Pas Parti Hipokrit, Sanggup Sepentas Dengan Pejuang Hapus Keistimewaan Melayu, ICERD

Siapa tidak kenal dengan parti Pas? Sanggup mengadaikan prinsip mereka demi kepentingan politik mereka. Itulah Pas, parti yang penuh dengan kepura-puraan dan penunggang isu.

Mereka sanggup sepentas dengan Waytha Moorthy, pejuang yang cuba hapus keistimewaan Melayu dan Rajanya melalui iCerd. Adakah rakyat sudah lupa dengan gerakan Icerd ini? Jutaan rakyat turun untuk pada Himpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suatu ketika dulu?

Pemimpin Pas mengecam Waytha Moorthy dan Saifudin Abdullah kerana idea meratifikasi ICERD dan Statut Rom adalah idea Saifuddin ketika beliau menjadi Menteri Luar. 

Apa kata Dato' Rosli Pesuruhjaya PAS Pahang dan Dato' Andansura Timb Pesuruhjaya PAS Pahang yang akan sepentas dengan Waytha Moorthy? 

Jika UMNO yang akan sebaris dengan pejuang Icerd ini, berbakul-bakul kejian, makian akan diberikan kepada pimpinan UMNO. Macam kerjasama UMNO-PH yang mana ada DAP gabungan, habis mereka berkokok UMDAP di sana sini. Dulu mereka jugalah membawa bendera DAP, solat depan pejabat DAP. Bila UMNO, mereka meratib UMDAP. Inilah politik PAS, penuh dengan kepuraan. Jijik politik sempit yang diamalkan oleh Pas.

Pas bukan parti Islam, tetapi parti yang oportunis. Dulu konon melaungkan pertahankan Melayu-Islam sekarang sepentas dengan dengan mereka yang mahu hapus Perkara 153.

Apakah rakyat sukar menilai politik Pas? Rakyat jangan tertipu dengan propaganda Pas yang menggunakan Melayu-Islam, jangan tertipu dengan pakaian jubah dan serban, petikan ayat Al-Quran dan hadis yang pemimpin Pas selalu tontonkan. Pas adalah parti yang penuh dengan hipokrasi.

Sedarlah rakyat, jangan mudah tertipu!

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow